Kekasih Dalam Diam Ada Gelaran ‘Datuk Seri’, Azri Iskandar Dapat Restu Dari Keluarga Perlis

Ramai wargamaya yang ternanti-nanti sama ada pelakon Azri Iskandar sudah bertemu dengan keluarga kekasihnya, Dr Azra Diera yang merupakan seorang penulis skrip.

Dapat ‘green light’

Ketika dihubungi OhBulan!, Azri menyatakan dia sudah berkunjung ke Perlis pada 24 Jun lalu. Kata Azri, 57, kontroversi yang timbul sejak akhir-akhir ini tidak menjadi penghalang untuk dia dan Azra disatukan.

Alhamdulillah, tiada masalah walaupun timbul pelbagai kontroversi. Kedua ibu dan bapa Azra dah bagi green light pada saya.

Cuma saya belum boleh memberi tarikh rasmi kerana makcik saya yang akan meminangkan dia untuk saya sedang sakit.

Tunggu bila makcik saya kembali sihat Insya-Allah, segala urusan akan dilangsungkan, doakan urusan kami dipermudahkan.

Datuk Seri Dr Azra

Tambah pemilik nama Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, dia mengakui baru mengetahui yang Azra memiliki gelaran Datuk Seri.

Katanya lagi, dia dapat tahu menerusi kiriman mesej antara Azra dan makciknya yang meminta bakal isterinya itu tampil membersihkan imej gara-gara spekulasi netizen.

Nama dia Datuk Seri Dr Azra Diera. Saya pada awal tak tahu pun tapi Azra secara tak sengaja mengirim mesej perbualan daripada makciknya kepada saya.

Dia pada ketika tu ingin menunjukkan mesej bahawa makciknya menasihatkan dia supaya tampil ke depan bagi membersihkan imejnya kerana terlalu banyak cerita tak enak berkaitan dirinya.

Selepas diselidik, rupa-rupanya dia memiliki pangkat Datuk Seri itu kerana banyak melakukan tugas-tugas kebajikan pada masyarakat.

Dalam pada itu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim menegaskan dia tetap akan meneruskan perkahwinan dengan Azra walaupun ada halangan.

Tiada siapa boleh halang cinta kami. Demi Allah saya akan nikahi Azra.

Terdahulu, Azri mengesahkan dia bakal berkahwin dengan Azra dan menghantar rombongan merisik ke Perlis pada 23 Jun.

Untuk rekod, Azri bercerai dengan Ellie Suriati pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

‘Azra bukan saja ada PHD tapi datuk seri’ – Azri Iskandar

Azri Iskandar menegaskan wanita yang bakal menjadi suri hidupnya nanti bukan saja memiliki kelulusan akademik doktor falsafah (PHD) malahan turut bergelar datuk seri.

Pelakon itu berkata demikian gara-gara segelintir pihak membuat andaian dan menuduh bukan-bukan berhubung latar belakang wanita itu.

“Nama dia Datuk Seri Dr Azra Diera. Saya pada awal tak tahu pun tapi Azra secara tak sengaja mengirim mesej perbualan daripada makciknya kepada saya.

“Dia pada ketika tu ingin menunjukkan mesej bahawa makciknya menasihatkan dia supaya tampil ke depan bagi membersihkan imejnya kerana terlalu banyak cerita tak enak berkaitan dirinya.

“Selepas diselidik, rupa-rupanya dia memiliki pangkat Datuk Seri itu kerana banyak melakukan tugas-tugas kebajikan pada masyarakat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambah pelakon filem Mat Bond Malaya itu, cuma atas nasihat kedua ibu dan bapa Azra, wajah dan identiti anak mereka hanya boleh dikongsikan sebaik sah kami bernikah.

“Azra seorang yang merendah diri, dengan saya sendiri pun dia tak mahu beritahu mengenai gelaran tu.

“Dia cakap jika pergi ke pejabatnya nanti pekerja-pekerja akan menggelarnya Datuk hanya untuk urusan perniagaan.

Pingat di atas meja

“Tapi saya pun fikir, takkanlah dia nak tipu pekerja-pekerjanya dan bila berada di pejabatnya, saya nampak pingat itu ada diletakkan atas meja,” dakwanya.

Azri pada 23 Jun lalu mendedahkan bakal menghantar rombongan merisik seorang wanita yang memiliki doktor falsafah (PHD) dalam bidang muzik dan juga penulis skrip.

Kenyataan itu mengundang perhatian umum kerana pendedahan dibuat tidak sampai sebulan dari tarikh perceraiannya dengan bekas isteri, Ellie Suriati Omar pada 17 Mei lalu.

Hasil perkongsian hidup selama 19 tahun, Azri dan Ellie dikurniakan dua anak, iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Sebelum menikahi Ellie, Azri mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, dan Nur Anis Mastura, 27, melalui perkahwinan pertama.

Mengulas perancangannya untuk menamatkan status duda dengan wanita itu, Asri berkata dia sudah bertemu kedua ibu dan bapa Azra di Perlis pada 24 Jun lalu.

Tutur Azri, 54, setakat ini semuanya berjalan lancar selain sudah mendapat “green light” daripada kedua orang tua wanita berkenaan.

“Alhamdulillah, tiada masalah walaupun timbul pelbagai kontrov3rsi. Kedua ibu dan bapa Azra dah bagi green light pada saya.

“Cuma saya belum boleh memberi tarikh rasmi kerana makcik saya yang akan meminangkan dia untuk saya sedang sakit.

“Tunggu bila makcik saya kembali sihat Insya-Allah, segala urusan akan dilangsungkan, doakan urusan kami dipermudahkan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*