“Saya Salute Fattah Sbb..”- Lakonan Fattah Amin Dianggap ‘Savage’ Dalam Mat Kilau, Johan Ariff Kongsi Rasa Terpukau Tengok Depan Mata

Menerusi satu perkongsian yang dikongsikan di laman Tiktok berkenaan pujian yang diberikan kepada Fattah Amin benar benar membuka mata para peminat untuk terus menyokong filem tersebut kerana banyak detik detik para pelakon yanga bersengkang mata untuk menghasilkan satu lakonan yang mantap dan padu untuk para penonton.

Dalam keratan klip yang dikongsikan itu, Johan Arif mendedahkan bahawa beliau begitu terpukau dengan lakonan rakan artisnya iaitu Fattah Amin dalam filem Mat Kilau tersebut.

Menurut apa yang diperkatakan oleh Johan Ariff, beliau sebagai artis yang telah lama berada dalam industri sendiri terkejut dan terpukau apabila melihat lakonan Fattah Amin kerana Fattah membawa watak Awang dengan begitu baik sekali.

Fattah menggunakan seluruh kudrat dan tenaga beliau untuk menghasilkan satu lakonan yang cukup memberi satu kepuasan kepada para penonton. Tambahan pula, Fattah dipuji lagi dengan kepakaran beliau dalam ilmu persilatan kerana ketangkasan beliau dlaam bersilat dapat disaksikan oleh ramai peminat termasuk para pelakon yang berlakon dalam filem

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Mengikut sumber dari klip tersbut juga, keberanian Fattah Amin juga perlu dijelaskan kerana babak yang memerlukan beliau menyelam pada pukul 3 pagi itu benar benar menguji mental Fattah sebagai seorang pelakon.

Namun keberanian beliau menerima arahan yang diberikan hhasilnya memberi sebuah babak yang cukup menakjubkan dalam filem tersebut. Apa apa pun para peminat mendoakan yang terbaik dan semoga filem seperti Mat Kilau akan terus dihasilkan dan memberi seribu satu pengajaran kepada masyarakat.

KOMEN NETIZEN;

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber; Instagram / https://sinetronmalaya.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*