Doa Alif Satar depan Kaabah termakbul, dapat hantar ibu bapa tunaikan haji tahun ini

PENYANYI dan pelakon Alif Satar meluahkan rasa syukur apabila doa untuk melihat ibu bapanya menunaikan ibadah Haji termakbul.

Alif yang sebelum ini pernah ke Tanah Suci Makkah menunaikan ibadah umrah memohon agar dapat kembali ke sana pada musim haji namun berharap agar ibu bapanya iaitu Nor Hafiza Muhammed dan Mohd Satar Ramli dijemput terlebih dahulu bagi mengerjakan rukun Islam kelima itu.

alif satar 1

Alif bersama ibu bapanya sebelum mereka berangkat ke Makkah.

“Pernah dahulu waktu umrah, saya berdoa di bawah pancur emas Kaabah memohon agar saya dapat kembali ke sini (Makkah) pada musim haji, namun biarlah ibu bapa saya yang mengerjakannya dahulu.

“Allah Maha Mendengar segala permintaan hamba-Nya dan aturan Dia pasti yang terbaik. Hari ini Allah makbulkan satu lagi doa saya. Alhamdulillah,” katanya.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 32, berkongsi kegembiraan mengantar ibu bapanya berangkat ke Tanah Suci dalam satu hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)


Sementara itu, Alif turut memberitahu dia pernah menerima panggilan untuk mengerjakan ibadah tersebut sebelum ini namun tidak berkesempatan untuk ke sana.

Allah Maha Mendengar segala permintaan hamba-Nya dan aturan Dia pasti yang terbaik

ALIF SATAR

PENYANYI/PELAKON

“Dua tahun berturut-turut sebelum ini saya dapat jemputan menunaikan haji, tetapi dua kali juga saya tidak dapat pergi atas beberapa sebab yang tidak boleh dielakkan.

“Perasaan sedih itu susah untuk digambarkan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Alif juga memohon semoga perjalanan ibu bapanya ke sana dipermudahkan dan kedua-dua mereka dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*