Akhirnya, Ini Keputusan Mahk4mah Sudah Ambil Tindakan Buat Ira Kazar

Menurut laporan Gempak, wanita yang didakwa kekasih kepada pengarah Syamsul Yusof itu perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukan oleh Puteri Sarah dalam tempoh sebulan.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad, dekat sini hari ini.

“Mahkamah sudah arahkan pihak defendan iaitu Ira Kazar untuk memasukkan pembelaan dalam masa satu bulan.

“Jika perlu jawab kita (plaintif) akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara,” kata peguam itu.

Jelasnya lagi, pihak mahkamah mengekalkan perintah interima injuksi kepada Ira Kazar, di mana dia tidak boleh menggangu Puteri Sarah.

Sekiranya Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin melanggar perintah tersebut, ia dianggap menghina keputusan mahkamah sekiranya gagal berbuat demikian.

“Pihak defendan sendiri sudah mengaku dan berjanji tidak akan membantah perintah interim injuksi sehingga mahkamah membuat keputusan di akhir kes.

“Di akhir kes mahkamah, kita akan kemukakan segala kerugian dan ganti rugi untuk pihak mahkamah memberikan pampasan,” katanya.

Sementara itu,  ditanya mengenai keberangkalian kes tersebut akan diselesaikan dengan baik atau tidak, Akberdin memberitahu kedua-dua belah pihak belum lagi ke arah tersebut.

“Sekiranya ada inisiatif (selesai cara baik) kita tengok dulu.

“Kita bukan meninggi diri, jadi asalkan tawaran itu logikal kita akan pertimbangkan selepas mendapat arahan anak guam (Puteri Sarah),” katanya.

Pada masa yang sama, peguam yang mewakili Ira Kazar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan sebelum atau pada 4 Ogos ini.

Terdahulu, Puteri Sarah Liyana memfailkan satu tindakan undang-undang dan dua aduan di pejabat agama pada Jumaat lalu terhadap Ira Kazar.

Terdahulu, Pelakon, Puteri Sarah Liyana, 37, memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang did4kwa kekasih suaminya, Syamsul Yusof.

Puteri Sarah berkata, selepas hampir empat tahun menangis, menahan sabar dan menanggung derita, akhirnya dia nekad mengambil tindakan undang-undang.

“Selepas pulang daripada menunaikan umrah, Mei lalu, saya nampak jelas dengan apa yang saya hendak buat dan sekarang saya fokus.

“Jadi, sebelum pergi umrah, saya sudah beri semua maklumat kepada peguam. Sepanjang sebulan di luar negara, mereka sudah siap dan kaji semuanya.

“Selepas saya pulang, kami terus berbincang dan mengambil tindakan saman,” katanya ketika ditemui di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, hari ini.

Memperincikan tindakannya itu, Puteri Sarah berkata, dia mengambil langkah berkenaan demi mempertahankan maruah diri yang tercalar dan sekian lama didiamkan.

“Isu ini tidak akan berlarutan kalau saya tidak diganggu pihak ketiga yang terus mencabar.

“Sebelum ini, saya ada kongsi di Instagram (IG) bahawa dia mencabar saya dengan menyatakan bila saya hendak s4man dan meminta peguam saya membuat tindakan segera.

“Jadi, sekarang, kami sudah failkan dua sam4n,” katanya.

Selain menuntut keadilan, Puteri Sarah mahu menyelamatkan rumah tangganya dan memperjuangkan hak sebagai wanita teraniaya.

“Sebelum buat keputusan ini, saya berfikir panjang mengenai apa yang akan berlaku kepada saya, perkahwinan dan keluarga saya.

“Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan keluarga saya. Sampai bila saya hendak kena pijak macam ini?

“Malah, ramai wanita teraniaya yang menghantar mesej peribadi bertanya nasihat. Sekarang, saya sudah bukakan jalan kepada mereka.

“Insya-Allah selepas ini, siapa yang mahu ‘menyondol’, mungkin lebih berhati-hati.

“Saya buat semua ini bagi memperjuangkan perkahwinan dan hak saya. Sudah ambil orang punya, duduk diam-diam.

“Jangan ambil orang punya, kemudian nak canang sana-sini dan kacau keluarga serta orang sekeliling,” katanya.

 

Sumber: OMM dan Bharian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://www.bigonewzz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*