Filem Syamsul Yusof box office lagi! ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ kutip RM47 juta dalam masa 11 hari, bakal atasi ‘Munafik 2’

HANYA dalam masa 11 hari, filem terbaharu arahan pengarah Syamsul Yusof berjudul Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya mencapai kutipan sebanyak RM47 juta.

Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof berkata filem itu juga berjaya mengatasi kutipan Munafik 2 sebanyak RM43 juta dalam masa sebulan dan kutipan tertinggi sejak 2018 sebanyak RM48 juta.

Meluahkan rasa syukur, pengarah berusia 38 tahun itu juga memberitahu filem mengangkat tokoh pahlawan tersebut juga berjaya mengenepikan filem Hollywood selama dua minggu berturut-turut di pawagam.

“Allahuakhbar… Mat Kilau merupakan filem paling cepat mencecah RM47 juta dalam masa hanya 11 hari. Mengatasi box office rekod Munafik 2 tahun 2018 (RM48 juta).

Syamsul

Filem-filem arahan Syamsul sentiasa menjadi box office.

“Hilang kata… limpah kurnia dariNya. Alhamdulillah terima kasih semuanya. Majulah filem bangsa dan negara. Filem No. 1 Malaysia dua minggu berturut-turut.

“Masih terus mengenepikan filem Hollywood untuk minggu kedua,” kongsi Syamsul.

Majulah filem bangsa dan negara.

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH

Anak kepada pengarah hebat Datuk Yusof Haslam itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.

Untuk rekod, Munafik 2 yang ditayangkan pada tahun 2018 meraih kutipan sebanyak RM43 juta dalam tempoh sebulan ditayangkan dan menjadikannya salah satu filem tempatan dengan kutipan tertinggi di Malaysia iaitu RM48 juta.

Dalam pada itu, rata-rata netizen serta rakan selebriti mengucapkan tahniah atas pencapaian tersebut dan mengakui filem tersebut sememangnya layak menduduki tempat pertama.

Syamsul

Filem Mat Kilau arahan Syamsul dapat sambutan luar biasa.

“Hari Sabtu masih RM39 juta, semalam hari Ahad bermakna dalam masa sehari RM8 juta kutipan… padu!

“RM60 juta boleh ni… kuasa Pahlawan Melayu,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, filem lakonan Datuk Adi Putra, Fattah Amin dan Beto Kusyairi itu terus mencipta fenomena apabila mencatat kutipan sebanyak RM7.3 juta untuk satu hari tayangan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*