“Bukan babak atas katil pun” – Da’i Syed ditvduh lelaki gatal gara-gara video bersama Anna Jobling

GARA-GARA memuat naik video bersama pelakon Anna Jobling, pendakwah selebriti Da’i Syed menerima kec4man hingga ada netizen menuduhnya lelaki gatal.

Menyedari tidak mampu menutup mulut orang dari terus bercakap, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 27, menegaskan video berdurasi lapan saat tersebut bukanlah sesuatu yang keterlaluan.

“Hanya kerana video lapan saat itu heboh diperkatakan orang. Bukannya ada perbuatan keterlaluan seperti duduk di atas riba atau babak atas katil.

syed 3

Syed enggan komen lanjut ditvduh lelaki gatal.

“Orang tak tahu keadaan sebenar. Ketika video itu dirakam, bukannya kami berdua. Malah saya juga tidak duduk rapat dengan Anna.

“Apa yang saya boleh cakap, ia bukanlah seperti yang diperkatakan. Saya sedar pandangan orang mesti ada sahaja yang tidak kena,” katanya kepada mStar.

Menjelaskan video tersebut hanya sekadar hiburan dan kandungan di media sosial, Syed juga memberitahu ia juga adalah untuk mempromosikan drama terbaharu lakonannya berjudul Terima Kasih Cinta.

Enggan memanjangkan isu ini, Syed mengambil pendekatan untuk enggan mengulas lanjut dan membiarkan sahaja perkara ini diperkatakan.

“Saya dan Anna sama-sama terlibat dalam sebuah drama baharu. Dalam drama tersebut saya membawa watak seorang ustaz memakai kopiah. Sebab itu terus orang anggap saya mencemarkan imej tersebut.

“Kami rakam video tersebut sekadar suka-suka untuk media sosial. Dalam masa sama boleh beritahu kepada orang ramai tentang drama baharu lakonan kami.

Ada juga membaca komen-komen yang diberikan dan memang terkesan dengan kata-kata mereka. Namun apa boleh buat?

DA’I SYED

PENDAKWAH SELEBRITI

“Saya pun tak boleh nak komen banyak tentang apa yang diperkatakan orang. Jadi biarkanlah mereka terus bercakap,” ujarnya.

Terkesan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan, Syed juga berjanji akan lebih berhati-hati dalam perkongsiannya selepas ini.

“Ada juga membaca komen-komen yang diberikan dan memang terkesan dengan kata-kata mereka. Namun apa boleh buat?

“Semestinya saya akan lebih berhati-hati apabila berkongsi isu yang menyentuh perkara sensitif sebegini di media sosial,” jelasnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*