Kanak-kanak ini masuk dapur macam nak berper4ng! Semuanya demi sambal udang petai

AKIBAT terlalu teringin makan sambal udang petai, keletah seorang kanak-kanak yang berusaha menyediakan hidangan ini menjadi tumpuan warga maya.

Ibunya, Siti Emiela Mat Nawi, 36, berkongsi video menunjukkan anaknya yang kelihatan seperti mahu berperang.

Bercerita kepada mStar, dia yang senang disapa Amy berkata, pada hari tersebut dia mengalami masalah migrain yang terlampau menyebabkan anaknya terpaksa memasak makanan itu sendiri.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Waktu siang tu saya nak masak makan tengah hari lauk sambal udang petai. Tapi badan mula rasa tak sedap, sakit kepala sebab migrain yang sangat teruk.

“Memang tak mampu masak jadi tapaukan saja untuk keluarga. Malangnya sampai dah lewat lebih pukul 10 malam pun saya masih tak boleh nak memasak,” katanya.

Disebabkan rasa kasihan kepada anaknya, Muhammad Darwisy Nazeef, 10, Amy meminta si suami, Muhamad Sharif Sukoria, 42, dan anak-anak lain untuk membantunya menyiapkan sambal udang petai.

Namun, ujar ibu kepada lima cahaya mata ini, dia amat terkejut setelah melihat anaknya berlindung di sebalik ‘perisai’ yang direka sendiri bagi mengelakkan terkena percikan minyak.

“Saya kasihan pula dekat Darwisy sebab itu memang makanan kegemaran dia. Jadi malam tu saya bahagikan tugas untuk mereka termasuk suami untuk bantu siapkan masak sambal tu tapi baba (suami) cuma tolong kisarkan bahan saja.

“Abang Darwisy tolong potong bawang dan kupas petai. Untuk menumis memang Darwisy dah cakap awal-awal dia nak buat malam tu. Jadi semuanya Darwisy siapkan sendiri. Saya bangun tidur dan tengok dia dekat dapur tu macam nak berperang dah.

Sambal udang petai dimasak oleh Darwisy yang baru berusia 10 tahun.

“Tapi saya tak terbayang pula sejauh tu di nak pakai ‘perisai’ untuk elak terkena percikan minyak. Saya tak sangka dia nak pakai helmet, sarung tangan dan apron malam tu.

“Masa saya tegur waktu dia khusyuk masak tu dia terkejut. Nasib baik tak jatuh sebab terpaksa berdiri atas kerusi sebab tak sampai nak kacau tumisan. Alhamdulillah cili tu dia berjaya tumis sampai ‘pecah minyak’ punyalah dia nak makan juga sambal udang malam tu,” ujar Amy.

Kata Amy yang menetap di Melaka bersama keluarga, ini bukanlah kali pertama anaknya memasak untuk dirinya sendiri.

Dia yang menguruskan perniagaan sendiri bersama Sharif berkata, Darwisy memang seorang yang suka meringankan kerja dengan membantunya ketika sibuk memasak di dapur.

“Saya dan suami selalu sibuk sebab kami berniaga. Memang banyak masa dihabiskan dengan melakukan kerja di luar.

Selain memasak, kanak-kanak ini suka memancing ikan.

“Darwisy memang selalu masak dekat rumah kalau kami tiada. Kiranya boleh harap dia uruskan diri sendiri untuk makan. Dia boleh tanak nasi, goreng telur dan goreng makanan segera,” katanya.

Susulan video yang menjadi tular sehingga meraih lebih 600,000 jumlah tontonan di TikTok, rata-rata netizen terhibur dan memuji kerajinan kanak-kanak ini membantu ibunya di dapur.

“Gigih nak tolong itu dah berharga.

“Comel tapi kenapa helmet terbalik dik (adik). Kalau pakai betul-betul barulah safety, rajin ya tolong. Pandai dia.

Amy (kanan) bersama ahli keluarganya.

“MasyaAllah anak… banyak ilmu pendinding sambal dia.

“Nasib tak jatuh dalam kuali dik. Alhamdulillah anak yang baik,” ujar netizen di ruangan komen.

Dalam pada itu, Amy turut menitipkan rasa syukur apabila dikurniakan anak yang rajin membantunya menguruskan rumah tangga.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*