“Tolong Jangan Hilangkan Rasa Hormat Saya Pada Abang” – Sharol Shiro

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai kontr0versi wanita menghlna agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi apabila pelawak Shahrol Shiro membidas kenyataan Datuk Afdlin Shauki.

Ia berikutan pengarah itu tidak bersetuju mengenai penutupan sementara kelab komedi berkenaan apatah lagi membabitkan periuk nasi orang lain.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram, Shahrol tetap bertegas dengan pendiriannya kelab berkenaan ditutup selepas pelbagai video persembahan komen di lokasi berkenaan tular serta membuatkan ramai tersinggung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)


“Seperti dijangka banyak video hari ini tersebar mengenai persembahan stand up di kelab tersebut yang membuatkan ramai yang tersinggung.

“Pendapat saya kekal konsisten kelab tersebut eloklah ditutup sementara takut ianya mendatangkan mudharat yang lebih besar,” tulisnya.

Menerusi entri berkenaan, Shahrol turut memuat naik gambar dipercayai suasana dalam kelab berkenaan memaparkan minuman keras dihidangkan di meja pelanggan.

Shahrol turut mempersoalkan hukum mencari rezeki dalam Islam serta menghiburkan penonton yang sedang meneguk minuman keras.

“Terdetik di hati saya seorang insan yang tidak pandai agama ini apakah hukumnya mencari rezeki menghiburkan jiwa para penonton yang sedang khayal meneguk air minuman keras?

“Dari pengetahuan sy jadi bouncer yang menjaga pintu luar kelab malam yang menyediakan minuman keras pun haram ini kan pula berada didalam,” tulisnya.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, Shahrol turut tertanya-tanya mengapa Afdlin beriya mahu mempertahankan kelab tersebut.

“Tolong jangan tunding jari pada penceramah agama dan lain-lain.Tenang dahulu dan biar pihak berkuasa melakukan siasatan.Tapi kenapa abang beriya iya mempertahankan tempat tu yer?

“Saya akan terus bersuara jika abang terus membela sebuah kemungkaran dan tolong jangan hilangkan rasa hormat saya pada abang yang senior dalam industri,” tulisnya.

Terdahulu, Afdlin dilihat ada memuat naik satu kenyataan di Facebook bahawa dia tidak menyokong individu yang menghlna Islam sebaliknya bersuara kerana penutupan premis tersebut membabitkan periuk nasi orang lain.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://www.rotikaya.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*