Bincang Topik Orang Ketiga, Panggilan Telefon ‘Ex’ Nabil Ahmad Buat Zira ‘Cembvru’ Baru Kerja Satu Hari Dah Ada Intan Call!”

Baru sahaja bersiaran buat pertama kali di slot 3 Pagi Era, penyampai radio dan pelawak Nabil Ahmad kantoi dengan isteri, Zira Ayub apabila bekas kekasihnya sendiri telah menghubungi radio Era bagi membincangkan topik ‘Orang Ketiga’.

Topik itu hangat menjadi bualan tiga penyampai radio slot pagi Era baharu itu yang turut diterajui Azad Jasmin dan Radin.

Bekas kekasih Nabil yang dikenali sebagai Intan mengatakan dia pernah bertemu janji dengan seseorang yang kini sudah mencipta nama dan terkenal di seluruh Malaysia sebelum mended4hkan individu tersebut adalah Nabil.

Malah, dia turut mengimbas kenangan ketika Nabil menghantar surat ke pejabatnya pada suatu ketika dahulu.

“Siapa ada kenangan manis kat Rahang, Negeri Sembilan?

“Tak ingat ke kenangan manis datang office saya hantar surat… kita keluar sama-sama, selalu pergi makan.. tak ingat ke?

“EX5 awak tu pun saya ingat lagi,” ded4h Intan.

Mendengarkan pengakuan wanita tersebut, Nabil yang kelihatan cuak terus melompat cuba mengingati apa yang diperkatakan Intan.

“Ni sebelum kahwin la kan, masa saya jadi despatch dulu la kan,” kata Nabil.

Menariknya, diskusi mengenai perkara itu tidak terhenti di konti sahaja, sebaliknya membawa sehingga ke rumah apabila Nabil secara cvri-cvri merakam perbualan isterinya yang bertanyakan mengenai Intan.

“Baru kerja satu hari dah ada Intan call, esok siapa call, Payung, lepas tu Emas?!” bebel Zira.

Menerusi video yang dikongsikan di YouTube Era itu, Nabil kelihatan pasrah apabila ditegur isterinya ketika sedang mahu menjamah makanan.

Terdahulu, Nabil, Azad dan Radin telah diumumkan sebagai penyambung legasi slot pagi Era mulai Isnin lalu.

Sebelum ini, slot itu diterajui JoHaRa iaitu Johan, Haniff dan Ray.

Haniff dan Ray kini memulakan tugas di slot baharu, 101 Era yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 4 petang hingga 8 malam.

Foto:  Instagram Nabil Zira

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.mediahiburan.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*