[VIDEO]“Meleleh Air Mata Tok Mama…”- Normala Samsudin Seb4k Lihat Cucu Berkh4tan

Bekas personaliti televisyen (TV), Puan Sri Datin Normala Samsudin akui seb4k ketika menemani cucu lelakinya yang masih bayi melalui proses berkhatan.

Kata Normala Samsudin lebih sayu apabila melihat cucu sulungnya yang bernama Aamin Yusuf itu men4ngis kes4kitan selepas proses berkenaan di sebuah hospital swasta kelmarin.

“Meleleh airmata tok mama bila hari berkhatan AY (Aamin Yusuf).Mula dengan RTK test (ujian pengesanan Cov!d-19) khatan dan hinggalah ke malam, bila nak membuang air yang pertama tu menjerIt pediIh, jadi anak lelaki harus kuat ya nak, biar ujian apa sekalipun..

“Tok mama Tak tahan dengar sayu t4ngisnya. Moga Allah sempurnakan dirimu jadi anak yang sihat walafiat dan soleh.

“Benar luka berkhatan itu pedih dan bisa supaya kita sentiasa bertasbih, berselawat dan sentiasa ingat kebesaranNya dan berserah kepadaNya. Supaya kita istiqamah dan melihat kesalahan diri dan perbaiki diri,” katanya.

Normala yang dulu popular menerusi sebuah rancangan majalah itu berkongsi luahan perasaannya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan dia memuat naik video yang disunting dari mula proses berkh4tan itu hingga selesai.

Aamin merupakan cahaya mata pertama anaknya yang juga seorang doktor iaitu Ruhila Roslan yang dilahirkan pada 15 Jun lalu.

Dalam pada itu, Normala sempat menitipkan doa untuk anak-anak yang turut berkh4tan pada hari berkenaan.

“Ucapan kepada anak-anak yang berkhatan sama hari dengan Aamin Yusuf, didoakan jadi insan solihin dan takut pada Allah dan taat ibu ayah. Aamiin Ya Rabbal Alamin,” ucapnya.

Imbas kembali, Ruhila dan suaminya Majid Nazli selamat diijabkabul dalam majlis serba sederhana ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari 2021.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*