‘Bukan pencinta haiwan’ terpaksa layan anjing tak bertuan tapi ‘kerek’… akhirnya mesra siap tumpang tidur rumah

KELETAH dan aksi bersahaja haiwan seperti anjing dan kucing pastinya mencuit hati sesiapa yang melihat.

Maka tidak hairanlah apabila video berkaitan haiwan ini mendapat jutaan tontonan selain dikongsi ribuan pelayar media sosial.

Bagaimanapun baru-baru ini, rakaman video anjing ‘kerek’ turut mendapat perhatian warganet apabila lebih 850,000 tontonan direkodkan dalam tempoh 24 jam selepas dimuat naik di aplikasi TikTok.

Ia berikutan seekor anjing baka Maltese menunjukkan reaksi marah terhadap seorang lelaki yang datang memberi makanan, namun pada masa sama ingin meraih perhatian kerana kelaparan.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Selepas beberapa kali diberi makan, anjing berwarna putih dengan bulu panjang itu kemudiannya menjadi jinak sehingga memasuki perkarangan rumah bagi menumpang teduh.

Malah, ia juga sudah boleh bermain bersama dan dibelai manja.

Berdasarkan perkongsian Abdullah Jamadi, anjing berkenaan milik jirannya namun terpaksa dibiarkan berkeliaran kerana mereka berada di luar negara ketika ini.

Dia yang pada awalnya menyangkakan anjing tersebut sebagai haiwan liar kerana kelihatan kotor dan tidak terurus, membuat ‘hebahan’ supaya pencinta haiwan dapat datang mengambil dan memelihara.

“Pencinta haiwan yang ada di Johor Bahru, ada anjing kecil dan comel tapi tak mesra serta asyik marah kerana berkemungkinan masih ingat pada tuannya.

“Kalau korang berminat dengan anjing kecil yang berlagak ni, cepat-cepat la ambil,” ujarnya.

Anjing diberi nama Boy berada di hadapan rumah pemiliknya.

Anjing diberi nama Boy berada di hadapan rumah pemiliknya.

Apabila ditanya kenapa dia tidak memelihara anjing tersebut, ujar Abdullah, ia adalah tuntutan agama yang mana haram untuk sengaja memelihara tanpa ada tujuan khusus.

Pada masa sama, dia turut berkongsikan harga bagi seekor anjing baka Maltese yang mencecah sehingga RM8,000.

Menerusi video terkini yang dikongsikan, dia memaklumkan sudah mengetahui rumah pemilik anjing tersebut.

“Semasa jalan-jalan di kawasan perumahan, ada tukang kebun beritahu yang anjing ni ada pemilik.

Sepatutnya tuan dia kena hantar anjing tu boarding dekat pet shop atau klinik veterinary yang ada pet boarding dan bukannya biar macam tu.

NETIZEN

“Ia (anjing) juga tahu rumah tuan… Cumanya pemilik pergi luar negara. Jadi dah seminggu lebih dia tinggalkan anjing ni.

“Nak tak nak, sementara menunggu pemilik dia balik, aku kena melayan la anjing ni. Aku dah suruh balik rumah dia, tapi akhirnya dia duduk rumah aku juga,” katanya.

Dalam pada itu, Abdullah mengakui bahawa dia bukanlah pencinta haiwan namun tidak sanggup melihat haiwan berada dalam kesusahan.

Antara komentar netizen di video perkongsian Abdullah.

Antara komentar netizen di video perkongsian Abdullah.

Tambahan pula anjing ‘kerek’ yang diberi nama Boy itu mempunyai luka dan perlu dibersihkan.

Terdahulu, video perkongsiannya mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

“Tidak datang kucing, anjing atau haiwan lain kepada mu melainkan ada keberkatan di dalam rezeki.

“Sepatutnya tuan dia kena hantar anjing tu boarding dekat pet shop atau klinik veterinary yang ada pet boarding dan bukannya biar macam tu.

“Usaha yang mulia tuan. Tak patut pemiliknya tinggalkan begitu. Boleh lapor kepada polis.

“Thank you for showing kindness brother.

“Bila video abang jelaskan macam ni tak ada pun yang kecam. Bagus bang… Sebab abang tahu nak jaga dia bila owner tiada. Tu pun dapat pahala,” ujar beberapa netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*