“Memang saya dah ada perancangan saya sendiri.”Fizi Ali Berhenti Dari Stesen Radio.

Pengacara Fizi Ali mengambil keputusan untuk berundur diri daripada sebuah stesen radio tempatan berkuat kuasa pada Khamis lalu.

Menurut Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 33, dia bertindak untuk keluar kerana mempunyai perancangan tersendiri setelah 6 tahun berkhidmat di stesen radio tersebut.

“Memang saya dah ada perancangan saya sendiri, kebetulan pula kontrak saya dah habis.

“Perancangan ke radio lain tu saya tak dapat nak menidakkan dan tidak mengiyakan. Tunggulah macam mana nanti saya akan update dari semasa ke semasa. Kalau ada, alhamdulillah,” ujarnya kepada Gempak.

Di laman sosial Instagram, Fizi memuat naik sebuah video selamat tinggal dan mengucapkan berterima kasih kepada semua pihak yang pernah bekerjasama dengannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)


Dalam pada itu, Gempak cuba mendapatkan komen daripada DJ Lin selaku pengurus besar stesen radio berkenaan tetapi dia enggan mengulas lanjut mengenai pemergian Fizi.

“Nak buat macam mana, dah takde rezeki nak bekerjasama dengan dia,” ujarnya ketika dihubungi.

Ditanya mengenai siapakah bakal pengganti Fizi yang akan mengisi slot penyampai segmen pagi, DJ Lin juga tidak mahu membuka mulut.

“Buat masa ni no comment. Doakan kami di sini, semoga Allah permudahkan urusan kami,” katanya lagi.

Sekadar info, Fizi mula mengemudi segmen pagi di stesen radio berkenaan sejak tahun 2016.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :   https://gempak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*