Gara-Gara 1su P0ligami Dalam Drama, Suami Kena Dengar Isteri B3bel!

Drama Risik Pada Hati menjadi satu fenomena luarbiasa sekali. Penangan drama hasil lakonan Alif Satar, Zara Zya, Ummi Nazeera dan ramai lagi mencetuskan atmosfera kelainan dalam industri drama tempatan.

Sebuah kisah memaparkan isu polig4mi yang penuh kisah dan hati yang terpaksa berkorban demi kebahagiaan si suami. Gara-gara isu poligami dalam drama ini juga seorang wanita meluahkan perasaannya selepas menyaksikan Risik Pada Hati tersebut.

Apa yang penting, wanita ini bebel pada si suaminya dan rakaman tersebut telah menjadi tular di sosial media! Dalam rakaman yang diambil secara curi-curi oleh si suami itu kedangaran isterinya memang marah betul dengan karakter dalam drama tersebut.

Berikut adalah perkongsian rakaman dengan paparan suami terpaksa dengar isteri bebel gara-gara isu poligami dalam drama ini:

VIDEO:

@fayizz93

Nak prank isteri tak pasai-pasai aq kena prank haha🤣

♬ original sound – Fayizz

Lah..Tak memasal si suami kena dengarkan? Tapi boleh tahan lawak juga gaya wanita ini meluahkan perasaan dan pendapatnya itu! Semua sebab drama fenomena ini yang membuatkan penonton geram dengan jalan ceritanya.

Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun fayizz93 dan telah meraih lebih 3 juta tontonan serta 202 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang terhibur dengan gelagat suami isteri ini di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha marah betul tu”

Screenshot at Aug 05 20-07-34

“Cerita tu tak best. Drama hangpa nie lagi best weiii..Aduhai”

Isu Poligami Dalam Drama 1

“Ko salah reaction ni bang patut bini marah. Patut masa dia marah tu ko join sekali marah si adam tu baru betoi ko tak rasa macam kena marah”

Isu Poligami Dalam Drama 2

“Memula nak cerita. Last bertengkar. Hahaha”

Screenshot at Aug 05 20-06-15

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*