Enam tahun layari alam perkahwinan… Tajul akui bukan mudah jadi suami

PEJAM celik dah hampir enam tahun usia perkahwinan penyanyi Tajul dan isterinya iaitu Nurul Shamieza Eddie.

Kata Tajul Ariff Noor Md Shari, 24, sebagai seorang suami sifat penyabar itu sangat penting lebih-lebih lagi ketika mendidik isteri untuk menjadi lebih baik.

“Apa yang saya boleh kongsikan lelaki ni satu je, sabar kena nombor satu.

“Lelaki memang kena sabar banyak sebab kita nak didik isteri kita jadi yang lebih baik.

“Dia bawa air muka kita, jadi macam mana-mana dia pergi orang tahu isteri Tajul, jadi kalau dia buat perkara tak baik orang tahu saya, jadi perkara tu banyak kita kena jagalah,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 Disember 2017.

video

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*