Ini Jawapan Dr Amalina Apabila Ditanya Mengenai Kerakyatan Bakal Anak

Berita gembira mengenai kehamilan Dr. Amalina menjadi keterujaan rakyat Malaysia. Ramai peminat yang ingin mengetahui perkembangan kehamilannya.

Seringkali Membuka Soalan Dan Berkongsi Idea

via Instagram Dr. Amalina

Semua sedia maklum, Dr. Amalina merupakan seorang yang tidak pernah kedekut untuk berkongsikan ilmu dan pengalaman yang dilaluinya kepada peminat.

Dia dilihat seringkali membuka sesi ‘Q & A’ buat peminat untuk bertanyakan mengenai dirinya, bertanyakan pandangan dan berkongsikan pendapat.

Berkongsikan Soalan Mengenai Kehamilan

Terbaru, Dr. Amalina membuka sesi ‘Q & A’ kepada peminat dan melihat kepada Instagram story miliknya, banyak soalan yang ditanyakan lebih kepada perkongsian berkenaan kehamilannya.

Pelbagai tips, idea dan perkongsian ilmiah yang dikongsikan oleh Dr Amalina untuk dijadikan panduan buat netizen.

Ditanya Mengenai Kerakyatan Bakal Anak

via Instagram Dr. Amalina

Dalam banyak-banyak soalan yang ditanya, terdapat satu soalan dari peminat yang bertanyakan mengenai status kerakyatan bakal anaknya nanti.

Apakah kewarganegaraan yang akan dipegang oleh anak anda, kewarganegaraan British atau dwi kewarganegaraan

Di Instagram storynya, Dr. Amalina memaklumkan bahawa bakal anak-anaknya akan memegang kewarganegaraan British.

Bukan itu sahaja, Dr.Amalina juga berkongsikan kepada peminat bahawa semasa tempoh berpantang, ibunya akan ke London untuk membantunya semasa tempoh berpantang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://murai.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*