Akui dirinya meng4nggur sejak Mei lalu selepas program kendalian, CCTV ditamatkan siaran, pengacara dan penyanyi, Aril Pilus bagaimanapun menjelaskan situasi yang berlaku bukanlah tiket untuk dia meraih simpati.
Menurut Aril atau nama sebenarnya, Khairil Azam Pilus, 37, dia bersyukur dengan cara hidup sederhana, sedikit sebanyak membantu dirinya menguruskan kewangan keluarga dengan semampunya.
“Setelah tujuh tahun mengendalikan program CCTV, pihak Astro buat keputusan menamatkannya. Kali terakhir ia bersiaran pada bulan puasa lalu.
“Tipulah kalau cakap saya tak terk3$an. Sesiapa yang alami perkara yang serupa pasti akan memahami perasaan itu.
“Alhamdulillah, walaupun dah tak ada kerja sekarang, saya belum lagi terdesak sehingga terpaksa meminjam duit orang. Saya sendiri berharap dan berdoa agar ia kekal begitu.
“Bila jadi macam ini, saya lihat balik dan bersyukur, sekurang-kurangnya saya ini bukan jenis orang yang suka hidup bermewah-mewahan. Saya tak reti nak pakai kad kredit dan hutang saya dengan pihak bank cuma kereta, selain bil harian.
“Saya tak berbelanja barang jenama mewah. Bukan tak pernah lalui zaman itu. Saya fikir, tak mengapa, cukup hidup dengan apa adanya buat sementara ini. Sebolehnya saya cuba untuk kurangkan komitmen yang tak perlu… tak nak pinjam meminjam ini,” katanya kepada MH.
Walaupun kehilangan pekerjaan, Aril berkata dia tidak putus semangat dan kini sedang berkira-kira untuk menceburi bidang akademik pula.
“Saya kena bangkit walaupun pernah beberapa kali diserang anxiety. Jadi, saya cuba usahakan sesuatu bersama Alif Farhan, bekas hos program CCTV untuk buat program sendiri di YouTube.
“Selain itu, ada juga hasrat nak ceburi bidang akademik. Saya tunggu majlis graduasi pada Oktober ini dan akan cari peluang dalam bidang itu pula. Mana tahu boleh kongsikan pengalaman sepanjang 13 tahun dalam industri seni ini menerusi saluran akademik pula bukan?
“Buat sementara waktu, saya cuba bangkit semula perlahan-lahan. Saya akan buat sahaja semua sekarang demi survival,” ujarnya.
Sekadar info, Aril memulakan kerjayanya dalam bidang seni selepas menyertai program Akademi Fantasai musim ketujuh (AF7) pada 2009.
Aril mendirikan rumah tangga dengan bekas pramugari, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin pada 20 Disember 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael yang kini berusia tujuh tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.mediahiburan.my/
Leave a Reply