Baru-baru ini tular beberapa video mengenai sebuah majlis akikah pasangan keluarga yang dipercayai ‘scammer’ Macau terbesar, Addy Kanna di TikTok. Pun begitu, suasana majlis akikah tersebut telah menerima kecaman ramai apabila ia dikatakan sangat melampau dan tidak menghormati erti majlis yang sebenar.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Jauharatu Dini, dilihat seorang wanita berpakaian busana pengantin sambil memegang jambangan bunga berjalan di karpet selepas seorang lelaki menolak stroller bayi mereka sebelum melakukan cukur jambul.
Bagaimanapun, majlis tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan warganet sebaik sahaja melihat suasana di sekitar majlis terutama munculnya kelibat usahawan kontr0versi, Kak KM yang dilihat sedang asyik ‘gelek’.
Tidak cukup dengan itu, sebuah video yang memaparkan ramai di antara mereka seperti Kak K, penyanyi Ifa Raziah dan Bella Astillah sedang seronok ‘bergelek’ sambil menari sehingga menambahkan kemarahan ramai.
Yang pergi umrah berkali & Kak KM pun satu hal.. tak pernah insaf
Macam manalah nak dapat keberkatan?
Tindakan itu membuatkan ramai meluahkan kekecewaan dan berang apabila sebuah majlis yang sepatutnya disambut dan diraikan dengan penuh adat telah dicemari dengan kelakuan tidak senonoh oleh mereka. Malah, ada yang mengatakan keberkatan majlis akikah sudah hilang.
Sepatutnya pasang alunan selawat zikir dari mula sampai habis majlis
VIDEO:
Sudah 7 tahun terima gelaran Datuk, Ifa Raziah tak pakai sebab takut susah dapat tajaan
TUJUH tahun menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, namun penyanyi Ifa Raziah memberitahu dia lebih selesa menggunakan nama pentas.
Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 46, berkata, gelaran tersebut tidak memberi kelebihan kepadanya dalam bidang seni mahupun perniagaan.
Malah, Ifa yang juga seorang penyanyi dangdut ini secara berseloroh berkata dia akan mengalami kesukaran untuk memohon tajaan sekiranya menggunakan gelaran tersebut.
“Sebab dah lama dah… daripada tahun 2016, saya terima gelaran itu dari Perak. Waktu itu memang dah keluar ura-ura mengenai perkara itu cuma saya tidak mahu menggunakan gelaran itu.
“Saya nak dikenali sebagai Ifa Raziah… saya dapat gelaran itu pun atas nama Saripah Raziah Mustapha. Kalau letak Datuk Saripah Raziah, siapa nak kenal.
“Jadi, sekarang tetap gunakan nama pentas ‘Ifa Raziah’. Bagi saya, tak ke mana pun pangkat ini sebab kita sama saja. Lagi susah saya nak minta tajaan,” katanya kepada mStar.
Ifa ditemui di sidang media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan dan Starvendors Kedah Raya Fest 2022 di Grand Malaysia Bazaar, Bukit Bintang City Central (BBCC), Kuala Lumpur pada Rabu.
Menerusi laporan mStar pada 12 Ogos 2016, Ifa mengakui darjah kebesaran Ahli Setia Diraja yang diterima daripada institusi beraja yang sah di salah sebuah negeri di Malaysia dan tidak perlu dipersoalkan.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Terus Terang ini turut memberitahu dia tidak mahu menggunakan gelaran tersebut kerana enggan dianggap seperti sudah menjadi jutawan.
“Bagi saya, ramai saja individu bergelar Datuk tapi bukan jutawan. Sebab itu saya tidak mahu gunakan gelaran Datuk… saya belum lagi jutawan.
“Biar orang nampak dan menilai hasil kerja saya. Lagipun, saya lebih suka dan selesa panggil nama saya Ifa Raziah. Tapi kalau untuk acara atau majlis rasmi, boleh la guna gelaran Datuk,” ujarnya.
Sementara itu, Ifa turut mengakui dia sememangnya seorang yang ‘gila glamour’ dan tidak kisah dengan kecaman atau kritikan daripada netizen.
“Memang saya gila glamour dari awal menjadi artis. Bila masa yang saya tidak gila glamour? Orang tak suka kita tapi nak tahu… haters ini b3nci, h1na dan c4rut tapi tetap follow saya,” katanya.
Sumber: OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber :https://webfastnews24
Leave a Reply