“Kalau Dia Pakai Tudung Sebab Suami Suruh Buat Apa?” – Yusry

Pengarah Datuk Yusry Abdul Halim berkata penghijrahan yang dilakukan oleh isterinya, Datin Lisa Surihani adalah kerana Allah dan bukan dipaksa olehnya.

Memetik mStar Online, Yusry berkata penghijrahan Lisa adalah diatas kehendaknya sendiri selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah beberapa tahun lalu.

“It’s all her, itu apa yang dia mahu dan tiada gunanya kalau awak buat sesuatu tu bukan kerana Allah SWT. Kalau dia pakai tudung sebab suami suruh buat apa?

“Jadi itu yang dia nak dan buat ini kerana Allah, jadi saya restu itu je saya tidak pernah berkata… eh pakai ini pakai itu buat ini jangan buat itu,” katanya.

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada Februari 2012. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Yahaira Leanne, 7, Yusof Leonne, 5 dan Yunos Laith kini berusia setahun. 

Video:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.rotikaya.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*