Bukan gimik murahan, Zara Zya hanya penuhi permintaan peminat kongsi gambar dengan Shuib

PELAKON Zara Zya tidak berniat mencipta gimik murahan apabila memuat naik gambar bersama Shuib semata-mata untuk mempromosikan perniagaan.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, sebaliknya berkata, apa yang dilakukan itu hanyalah semata-mata memenuhi permintaan peminat.

“Saya muat naik gambar sendiri bersiap cantik-cantik tetapi hanya dapat beberapa sahaja tanda suka sedangkan ada berjuta pengikut di Instagram.

“Berbeza pula kalau memuat naik gambar atau video yang mempunyai cerita. Pengikut akan menonton dan memberi komen kerana kalau tiada ‘content’ mereka tidak akan tengok,” katanya kepada mStar.

Zara dan Shuib tidak mempunyai hubungan istimewa. – Foto Instagram @zarazya

Zara ditemui di majlis pelancaran Bubble Bee by Zara Zya di Bandar Tasik Permaisuri Kuala Lumpur pada Ahad.

Mengulas lanjut tentang hubungannya dengan Shuib, Zara menyifatkan pelawak itu sebagai seorang jejaka budiman dan sering memberi sokongan kepada rakan artis lain.

“Dia seorang yang baik dan kami juga pernah sekali bekerjasama sebelum ini tetapi itu sudah lama,” jelasnya.

Dalam pada itu, Zara tidak mengambil pusing apabila ramai yang ingin mengambil tahu tentang identiti lelaki yang akan menjadi pasangan hidupnya.

Kata Zara, dia melihat perkara itu sebagai musim dan usikan-usikan tentangnya adalah perkara biasa.

Shuib seorang yang baik dan kami pernah sekali bekerjasama sebelum ini.

ZARA ZYA

PELAKON & PEMILIK BUBBLE BEE BY ZARA ZYA

“Saya tak kisah pun sebab benda ini ikut musim. Jika saya bersama pelakon A, mereka akan kata saya ada hubungannya dengannya.

“Ada segelintir peminat pula saling berlawan untuk menentukan siapa pasangan terbaik untuk saya,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Zara, dia tidak berasa terbeban atau tertekan untuk mendirikan rumah tangga kerana berpegang kepada jodoh ketentuan Tuhan.

Pelakon drama Honey-Moon itu turut meminta agar peminat mendoakan agar dia bertemu jodoh yang baik.

Zara Zya

Zara tak tertekan fikir soal jodoh.

“Mungkin kerana kawan-kawan seangkatan banyak yang sudah mendirikan rumah tangga, jadi ramai menunggu giliran saya.

“Faktor usia juga membuatkan mereka tertunggu-tunggu bila saya hendak kahwin. Sejujurnya saya tidak terbeban dengan perkara itu tetapi adakalanya ia memberi kesan kepada saya,” jelasnya.

Zara sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon Hafreez Adam pada 12 Oktober 2019 namun ikatan itu putus sebulan kemudian.

Dalam perkembangan lain, Zara memberitahu dia memilih untuk membuka Bubble Bee by Zara Zya itu kerana sudah lama minat dalam bidang perniagaan makanan dan minuman.

WhatsApp Image 2022-08-28 at 3.03.39 PM

Antara barisan selebriti yang hadir pada pelancaran Bubble Bee by Zara Zya pada Ahad.

Zara berkata, peluang diberikan Shuib disambut baik kerana dia tidak perlu bimbang tentang pengurusan dan pemasaran selain hanya fokus kepada jualan.

“Sebelum ini saya pernah ada perniagaan yang diuruskan 100 peratus tetapi dengan Bubble Bee mereka sudah ada pengurusan dan pemasaran sendiri.

“Apa yang saya perlu lakukan adalah fokus kepada jualan dan akan cuba meluangkan sebanyak masa mungkin di kedai untuk berjumpa peminat dan meluangkan masa bersama mereka,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*