“Kan dah pergi haji?” – Berpakaian menj0l0k mata, sekali lagi ditegur netizen.

Penampilan pelakon dan usahawan selebriti, Fizo Omar sekali lagi mencuri tumpuan ketika menikmati percutian bersama keluarga di Legoland Malaysia Resort baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)


Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, pelakon berusia 37 tahun itu dilihat merakam gambar bersama isteri Fazeera Nazri Azrai dan anak perempuannya, Wan Maryam. Gambar tersebut memaparkan Fizo dipercayai mengenakan pakaian mandi iaitu t-shirt tanpa lengan dan berseluar pendek serba hitam.

Bagaimanapun, segelintir netizen bertindak menegur pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu kerana memakai seluar pendek sehingga menampakkan bahagian lututnya. Menurut netizen, pelakon berkenaan sepatutnya menjaga batasan aurat sebagai lelaki Muslim apatah lagi sudah bergelar ‘haji’ selepas menunaikan rukun Islam kelima itu pada 2019. Aurat lelaki kena lepas lutut, Kan dah pergi haji? 

Terdahulu, sekitar awal tahun ini, Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar pernah ditegur pengikutnya kerana berseluar pendek di lokasi yang sama.Untuk rekod, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung mereka bernama Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu. Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Pendakwah bebas, PU Syed tampil menegur tindakan artis beragama Islam yang dilihat aktif mempromosikan iklan pelaburan mata wang asing (Forex) secara terbuka di platform media sosial. Menurut pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak itu, dia menyifatkan figura awam tersebut berani sehingga menolak tepi soal hukum walaupun Forex telah disahkan haram oleh Jabatan Agama Islam negara ini.

“Iklan OctaFX ni semakin rancak dengan sekarang dijemput artis-artis untuk reviewnya. Satu soalan sahaja nak tanya.. “Adakah ianya haram atau halal cara dagangannya?! Sehingga berani-beraninya orang Islam main benda ni dan disebarkan serata? “Adakah kita nak sambar apa sahaja peluang untuk dapat duit tanpa ambil kira halal dan haram perkara tersebut?!,” tulisnya menerusi satu posting di laman Instagram baru-baru ini. PU Syed berkata, pihak berkuasa agama perlu mengambil tindakan segera bagi memantau iklan promosi itu sebelum lebih ramai ‘terjebak’ dengan aktiviti trading. Sumber: Instagram Fizo Omar, OMM

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:liveconnection24

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*