Alhamdulillah Tahniah! “Mesti Cikgunya Bangga” Pilot Jet Pejuang Rupanya Bek4s Pelajar SMK di Perlis

“Mesti Cikgunya Bangga” Pilot Jet Pejuang Rupanya Bekas Pelajar bekas pelajar SMK Syed Saffi & SM Sains Tuanku Syed Putra.

Masih berkisar kisah mengenai kemerdekaan. Tular dua keping foto yang memaparkan seorang pilot  memegang kertas dengan tulisan tangan ucapan sempena Hari Kemerdekaan yang ke 65.

Merupakan salah seorang pilot jet pejuang ketika lintas hormat Perarakan Dataran Merdeka pada 31 Ogos lalu.

Menerusi tinjauan perkongsian wargamaya, rupa pilot berkenaan adalah Mejar Adam Othman.

Apa yang menarik perhatian pilot berkenaan memegang dua keping kertas memberi ucapan merdeka menyebut nama dua buah sekolah.

Difahamkan pilot berkenaan, seorang pilot fighter dan merupakan  bekas pelajar SMK Syed Saffi dan SM Sains Tuanku Syed Putra dan juga merupakan anak jati negeri Perlis.

Dalam pada itu, wargamaya terutama bekas pelajar dan anak jati perlis meluahkan rasa bangga ke atas pilot berkenaan.

Moga menjadi inspirasi buat pelajar-pelajar sekolah berkenaan dan sekolah lain di seluruh negeri di Malaysia.

Menerusi perkongsian saudara Ahmad Rozaidi berkongsi beberapa gambar pilot berkenaan.

“Anak Jati Kelahiran Perlis Juruterbang JET PEJUANG HAWK Mejar Adam Othman.. Kebanggaan Rakyat Perlis.”

Rata-rata netizen tidak ketinggalan memenuhi ruangan komen dengan memberi ucapan tahniah buat kejayaan anak Melayu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Keluarga

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*