“Mommy did you win?” – Zizie Izette tak dapat tahan air mata, anak-anak adalah nyawanya

PADA Jumaat lalu ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad yang juga merupakan seorang selebriti diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Namun apa yang menyentuh hati apabila Zizie memuat naik Instagram Story berikutan anak-anaknya bertanya sama ada dia memenangi kes tersebut.

“Mommy did you win?,” tanya anak angkatnya, Nayla Nurjeena.

Zizie dengan tenang menjawab malangnya tidak dan menganggap anak-anak kecil itu mungkin tidak memahami situasi dihadapinya namun tetap menjelaskan dia dan suami sedang bertarung dan ia masih belum berakhir.

zizi

Zizie dan suami diperintahkan untuk membela diri.

Bagaimanapun, soalan anak lelaki Zizie mengundang sebak apabila bertanya adakah ibu bapanya akan kembali ke rumah atau pun tidak.

Tambah meruntuh hati, Jenna turut menangis dan kedengaran suara Zizie juga tidak mampu menahan sebak melihat reaksi anak kecil itu.

“Jenna seorang anak yang memahami dan mempunyai tempat istimewa di hati saya. Mommy sayang awak, Jenna.

“Saya tidak menangis sehingga dia mula menangis. Dia seorang anak yang manis. Saya sangat bersyukur kerana memilikinya dan mereka semua adalah hidup saya,” kongsi Zizie.

zz0

Zizie Izette bersama anak-anak dan pembantunya.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung pada Disember 2009 dan dikurniakan pasangan kembar lelaki iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta anak perempuan Aalisa Belle Izette.

Pasangan ini juga turut mengambil anak angkat yang diberi nama Nayla Nurjenna dan Aaric Zaryn Izette.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*