Hanya sekali lafaz, Sharifah Amani sah bergelar isteri kepada Ahmed Faris

 

Dengan sekali lafaz, pelakon genit Sharifah Amani selamat diijab kabulkan bersama pilihan hatinya iaitu Ahmed Faris Othmen pada jam 10.15 minit pagi tadi.Majlis akad nikah itu dikendalikan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI), Ustaz Rahimin dengan berwalikan bapanya iaitu Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan diraikan dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Sharifah Amani, 36, dan suaminya memberitahu jumlah wang hantaran adalah rahsia atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.Bagaimanapun, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 dengan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak perempuan.Turut hadir memeriahkan majlis adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, pelakon teater Jo Kukathas, Iedil Zuhri &Prisia Nasution, Nadiya Nissa’ dan Megat Shahrizal.

Pasangan mempelai itu akan diraikan dalam majlis resepsi pada malam ini di lokasi yang sama.Terdahulu, Sharifah Amani yang mesra disapa Nani mengikat tali pertunangan bersama Ahmed Faris iaitu seorang Ketua Pegawai Eksekutif, Impact Integrated sekitar Jun lalu sehingga menarik perhatian ramai.Sekadar info, detik perkenalan mereka berdua bermula sebagai rakan sekerja apabila Amani dilantik sebagai Lembaga Pemegang Amanah di syarikat suaminya.Sumber: Instagram @sherry_alhadad, Astro Gempak (Amri Hassan) via OMM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://r-pg.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*