Bila Anak Sendiri Tak Kecoh Langsung! Bijak Persis Ibunya, Ini Kejayaan Yang Dicapai Di Usia 18 Tahun

Lama tak dengar khabar seorang aktres dan pengacara serba boleh, Wardina Safiyyah yang pernah popular dengan sitkom Sepana Jaya. Pelakon berdarah kacukan itu kini sudah menetap di Brisbane, Australia.

Walaupun jarang kelibatnya kelihatan di kaca televisyen tetapi Wardina cukup aktif dalam laman sosial.

Memandangkan Wardina jarang berkongsi gambar keluarga namun kali ini dia mendapat perhatian ramai terutamanya anak daranya yang semakin dewasa.

Bahagia bersama suami dan anak tercinta, Wardina menjadikan ikatan kekeluargaaannya sebagai kekuatan untuk dirinya menjalani tugas sebagai seorang anak seni sekaligus sebagai ikon yang disegani ramai.

Siapa sangka walaupun telah bergelar ibu kepada tiga orang anak, Wardin telah megatur strategi dan perancangan rapi dalam kehidupannya.

Beliau kini sudah selesai dalam pengajiannya dalam bidang psikologi  yang menurutnya berasa terpanggil untuk membantu golongan yang memerlukan dari sudut itu.

Bercerita mengenai perkembangan terbarunya, Wardina berkata dia kini sibuk menjalankan aktiviti berkaitan khidmat sosial dan kemasyarakatan.

Dia juga menyimpan cita-cita untuk membuka pusat kaunseling dan asuhan.

Kecantikan Wardina yang tidak dimamah usia dan kelihatan muda dipuji netizen dan peminatnya. Bukan itu sahaja, kecantikan anak sulungnya, Amna Nafisa yang semakin mempersona turut menjadi bualan.

Persis kejelitaan bondanya Wardina! Bukan itu sahaja, anaknya itu turut mewarisi kebijaksanaan ibunya.

Gadis berusia 18 tahun itu telah berjaya menamatkan pengajiannya, International Diploma Programme iaitu program pra-universiti melibatkan pelajar 16 hingga 19 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :Youtube

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*