Rasa panas sejuk, ingatkan ganggan m4khluk halus… Rupanya juruteknik Rantau Panjang pasang kompresor dalam bilik tidur!

“NI technician belajar online!

Itu antara komentar lucu tapi ‘pedas’ yang ditinggalkan warganet selepas melihat unit luar atau kompresor penghawa dingin dipasang di dalam bilik tidur sebuah rumah di Kampung Kedai Lama Rantau Panjang di Kelantan.

Video berdurasi 1 minit 16 saat itu memaparkan alat untuk memindahkan haba dari dalam ke luar rumah dipasang secara ‘back to back’ dengan pendingin hawa yang diletakkan di ruang tamu.

Keadaan itu menyebabkan seorang lelaki berang dengan sikap lepas tangan individu juruteknik yang memasangnya.

Tambahan pula, ia dilakukan semasa ibu saudaranya tiada di rumah kerana keluar bekerja.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Pun begitu, rakaman tersebut mengundang ketawa warganet kerana situasi sedemikian tidak pernah berlaku.

Menceritakan perkara yang menimpa ibu saudaranya kepada mStar, Sufian Muhammad, 31, berkata, dia terkejut selepas melihat kompresor dipasang di dalam bilik tidur.

“Kebetulan saya ada buat kenduri kesyukuran untuk anak saya di situ. Saya rasa pelik sebab rumah tiba-tiba jadi panas sejuk… ingatkan ada makhluk halus.

“Rasa gelisah juga masa tu. Tapi apabila isteri cakap ada kompresor dalam bilik, saya terus rasa beng4ng.

“Lepas pergi tengok tu memang terkejut, terus marah pada makcik dan tanya siapa yang pasang. Tapi makcik tak mahu cakap sebab takut bergaduh,” ujarnya yang turut ketawa melihat keadaan tersebut.

Menurutnya yang mesra disapa Pian, pendingin hawa itu dipasang hampir dua bulan di rumah ibu saudaranya.

Bercerita lanjut, Pian yang juga seorang juruteknik akui kesal kerana tidak dapat membantu ibu saudaranya lebih awal.

Pian menunjukkan kompresor yang berada di dalam bilik tidur rumah ibu saudaranya.

Kompresor yang dipasang juga menitiskan air.

“Makcik ada suruh saya pasang aircond tu tapi tak dapat buat secepat yang dimintanya sebab saya ada job kat tempat lain.

“Disebabkan itu, dia hubungi juruteknik aircond dari Rantau Panjang untuk buat pemasangan. Tapi jadi macam ni pula,” luahnya kesal.

Dalam pada itu, ibu saudaranya yang bertugas sebagai pembantu pra sekolah ketika dihubungi mStar turut menzahirkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku.

Memulakan cerita, ujarnya yang enggan dikenali, dia tidak mengenali juruteknik penghawa dingin tersebut secara peribadi namun tetap mendapatkan khidmatnya selepas disyorkan rakan-rakan.

Makcik ada suruh saya pasang aircond tu tapi tak dapat buat secepat yang dimintanya sebab ada job kat tempat lain.

SUFIAN MUHAMMAD

Katanya, rumah tersebut adalah milik arw4h ibunya yang baru sahaja meninggal dunia.

Bagi mengelakkan rumah tersebut kosong, dia mengambil keputusan untuk pindah masuk ke situ.

Antara komentar yang ditinggalkan warganet.

Antara komentar yang ditinggalkan warganet.

“Pada awalnya memang saya tak tahu apa-apa sama ada dia pasang salah atau betul… cuma rasa pelik sebab aircond tidak berfungsi. Tukang pasang tu datang dengan menunggang motosikal.

“Saya hubungi tukang tu, tapi dia cakap gas habis dan kena beli sendiri di kedai. Tapi apabila saya pergi kedai aircond di Pasir Mas, pekerja tu pelik sebab mereka tak jual gas secara liter seperti yang dikatakan tukang itu.

“Jadi mereka cakap nak datang rumah dan tengok sendiri sebelum mengeluarkan sebut harga untuk dibeli,” ceritanya.

Menurutnya, selepas kehadiran pekerja kedai terbabit, dia terkejut apabila dimaklumkan bahawa pendingin hawa itu tidak rosak mahupun kehabisan gas.

Namun sebaliknya ia tersalah pasang.

“Mereka tolong betulkan, akhirnya gas tidak dibeli dan pekerja kedai tu pun tolak untuk dibayar upah. Aircond pun boleh digunakan cuma kadang-kadang rasa bahang,” luahnya yang mengeluarkan kos lebih RM300 bagi servis pemasangan.

Tambahnya lagi, dia turut dimaklumkan perlu menambah sejumlah RM200 hingga RM300 jika mahu mengubah kompresor tersebut ke luar rumah.

Terdahulu video perkongsian Pian menjadi tular dan ditonton lebih 1.5 juta tontonan di TikTok.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*