“Laju, laju ulalala, burung kakak tua..” Nyanyian Merdu Anak TokTi Tarik Perhatian Ramai

KEMUNCULAN Aafiyah, anak sulung penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin di Instagram penyanyi itu sering kali menjadi tumpuan.

Mana tidaknya, ada sahaja gelagat Aafiyah yang mencuit hati ramai.

Terbaharu menerusi Instagramnya, penyanyi kesayangan ramai itu berkongsi suara Aafiyah yang dirakam ketika sedang menyanyi.

Terbaru, perkongsian Datuk Siti berkenaan Aafiyah sedang menyanyi bersamanya menarik tumpuan ramai.

Menerusi rakaman video yang dikongsi semula oleh sa’lah seorang peminat Datuk Siti, @sitizones.official dimana Aafiyah menyambung nyanyian ibunya berjudul Burung Kakak Tua.

Gandingan suara Datuk Siti dan Aafiyah sungguh enak didengar tidak seperti lagu kanak – kanak biasa.

Video:

Meninjau ke ruangan komen, rata – rata warganet teruja mendengar suara nyanyia Aafiyah dan sepertinya bakal menyambung legasi Datuk Siti.

Komen Netizen:

Sebelum ini Siti Nurhaliza ada kongsi gelagat Aafiyah nyanyi, cipta lirik sendiri

Tok Ti kongsi gelagat Aafiyah nyanyi, cipta lirik sendiri buat ramai melting

“BILA AAFIYAH SUDAH PANDAI MENYANYI DAN CIPTA LIRIK SENDIRI.

“DENGARKANLAH COVER ‘KALAU RASA GEMBIRA’ AAFIYAH DENGAN TAJUK BARU ‘SAKIT EKOR, SIAPA NAK BAGI AIR’. SEMOGA TERHIBUR,” CORET SITI NURHALIZA.

Menjengah ruangan komen, pengikut dan warga maya ‘cair’ dengan nyanyian Aafiyah. Rata-rata mengatakan bakat seni penyanyi kesayangan ramai itu sudah semestinya diwarisi anak kesayangan.

Perkongsian Siti Nurhaliza itu sudah semestinya mendapat perhatian pengikut di Instagram.

Malah ada yang mengatakan bakat seni Siti Nurhaliza sudah semestinya diwarisi anak kesayangan penyanyi hebat ini.

UJAR MEREKA;

“BOLEH ASAH LAGI… TERBAIKLAH AAFIYAH.. COMEL SANGAT.”

“SEMPAT LAGI GUNAKAN LIRIK LAGU TING TING YANG IBU TUJU PADA DIA. AAFIYAH YANG CERDIK.”

BACA JUGA FAREEZ KINI BERGELAR BAPA, FAUZI NAWI TIMANG CUCU KEDUA

“PUAS AUNTY NAK FAHAMKAN ISI TERSURAT DAN TERSIRAT DALAM LIRIK AAFIYAH NI, TAPI TAK DAPAT… BERTABAHLA AAFIYAH, KAT SELANGOR NI TAKKAN SELESAI MASALAH AIR.”

“MELTING AUNTY DENGAR AFIYAH PUNYA VOICE… SO CUTE AND TALENTED.”

“HABISLAH IBUNYA, LEPASNI AAFIYAH TAPAU HABIS LAGU-LAGU IBUNYA. CUKUP PAKEJ DAN BERBAKAT. RUPA IKUT MUKA IBU CANTIK, COMEL, PANDAI MENYANYI, PANDAI BUAT LIRIK DENGAN MUZIK-MUZIKNYA SEKALI DITAPAU.”

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Comel Aafiyah.

Siti Nurhaliza sebak ketika hantar Aafiyah ke sekolah

Sebelum ini Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza hampir menitiskan air mata ketika menghantar anak perempuannya, Siti Aafiyah Khalid ke prasekolah pagi ini.

Siti berkongsi, Aafiyah turut teruja dan bersemangat hendak bersiap ke sekolah. Malah, Aafiyah tidak menangis ketika dihantar ke prasekolah pada hari pertama.

“Alhamdullillah, hari ini adalah hari pertama Aafiyah masuk ke prasekolah. Malam semalam Aafiyah tidur awal, bangun tadi ayah kejutkan dia, kata nak masuk sekolah dia tak ‘cranky’ pun.

“Malah, Aafiyah bersiap cantik dan sempat pose lagi depan ayah dan ibu dengan baju sekolah. Semangat betul dia hendak ke sekolah.

“Subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas, dia terus masuk tak tengok belakang dah. Sehinggakan ayah dan ibu yang panggil minta salam. Ibu nak menangis tapi tahan je,” kongsi Siti.

Siti berkongsi pengalaman pertamanya menghantar anak ke prasekolah menerusi hantaran di akaun Instagramnya.

Malah, beliau turut berterima kasih dan meluahkan penghargaan kepada tenaga pengajar yang membantu sesi pembelajaran anaknya.

“Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama, dunia dan akhirat.

“Dalam pada itu, semoga Aafiyah menjadi hamba yang memberi manfaat kepada insan lain. Terima kasih juga kepada cikgu-cikgu kerana membantu Aafiyah,” katanya lagi.

Penyanyi Aku Bidadari Syurgamu ini dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra disapa Datuk K dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Afwa yang menjadi pelengkap hidup selepas kelahiran Aafiyah.

 

Sumber: trending sgt

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

KREDIT: IG, TIKTOK SITI NURHALIZA

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*