Pengantin lelaki reb4h selepas lafaz akad nikah, sengs4ra sebelum kahwin… Akhirnya m1steri terungkai, angkara d3ngki ‘peminat mist3ri’

MOMEN pengantin lelaki menangis ketika menyambut kehadiran rakan di majlis perkahwinannya seperti yang dikongsikan seorang pengguna TikTok bukan hanya mengundang hiba warganet tetapi turut menimbulkan 1,001 persoalan.

Ia berikutan kapsyen ringkas pada video tersebut yang menyatakan ‘ada cerita di sebalik kesedihan dia (pengantin lelaki). Tapi aku speechless tengok dia menangis depan semua orang (tetamu)’.

Pun begitu, rata-rata warganet beranggapan bahawa pengantin terbabit merindui rakannya yang sudah lama tidak berjumpa.

“Persahabatan yang akrab akan mengalirkan air mata kegembiraan. Pernah lalui juga tapi dengan pengantin perempuan… sampai-sampai majlis, dia menangis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Semoga persahabatan berpanjangan.

“Ni bukan kawan, ni sahabat. Walau bagaimana sekalipun dia tetap ingat sahabat walaupun berjauhan.

“Mungkin dia tak sangka kawan tu datang, tapi berharap sangat-sangat. Sekali muncul depan mata,” ujar beberapa netizen.

Momen yang penuh dengan linangan air mata itu menjadi tular sehingga ditonton lebih 1.5 juta pelayar TikTok selain turut menerima 90,000 tanda suka.

Bagaimanapun, kisah sebaliknya diceritakan pemilik akaun terbabit, Rena Farezza Mohd Khairulzaman berhubung drama air mata yang dikongsikannya itu.

Rena merupakan isteri kepada sahabat lelaki yang hadir ke majlis perkahawinan berkenaan.

Mengakui terkejut dengan situasi tersebut, katanya pengantin lelaki terbabit menangis disebabkan perasaan sedih dan hiba kerana terpaksa mengorbankan kerjaya yang diminati.

Malahan, dia tidak dapat mengucapkan kata-kata perpisahan pada kawan-kawan yang setia bersama.

Rena bekerja sebagai pembantu pemasaran rozzbeautylegacy.

Rena bekerja sebagai pembantu pemasaran rozzbeautylegacy.

Memulakan bicara kepada mStar, ujar wanita berusia 29 tahun itu, rakan suaminya itu terpaksa menamatkan perkhidmatan susulan sering mengalami gangguan misteri.

“Sebelum ini dia dan tunang yang kini sudah bergelar isteri selalu jatuh sakit.

“Malah sepanjang tempoh pertunangan, isterinya asyik keluar masuk hospital bagi mendapatkan rawatan tanpa mengetahui penyakit yang khusus sehinggakan majlis pernikahan mereka tidak dapat disambut meriah seperti pasangan pengantin yang lain.

Selepas berkahwin dan kedua-duanya menjalani rawatan bersama, barulah tahu siapa pelaku.

RENA FAREZZA

“Mujur buat kecil-kecilan sebab semasa hari pernikahan, tiba-tiba pengantin lelaki jatuh pengsan sejurus akad dilafazkan,” katanya menceritakan kembali kejadian yang diluahkan rakan suaminya itu.

Susulan kejadian itu, katanya, cuti perkahwinan yang diberikan selama tujuh hari dilanjutkan beberapa minggu sehingga akhirnya pihak lelaki mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

“Dia berhenti kerja secara tiba-tiba sebab jatuh sakit berbulan-bulan lamanya dan berlarutan selepas dia mendirikan rumah tangga.

Rena bersama suaminya berkahwin pada Januari 2021.

Rena bersama suaminya berkahwin pada Januari 2021.

“Disebabkan itu, ibu dia suruh berhenti kerja dan pulang ke kampung. Apabila berubat secara tradisional, barulah tahu yang dia terkena buatan orang,” katanya lagi yang hadir pada majlis perkahwinan sebelah lelaki di Negeri Sembilan pada Julai lalu.

Kata Rena, keputusan berhenti kerja yang mengejut itu membuatkan pengantin lelaki berkenaan tidak dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekerja.

Difahamkan, ia bagi mengelakkan rakan suami Rena bertemu dengan peminat misteri yang menghantar sihir berikutan pelaku tersebut turut bekerja di lokasi yang sama.

“Sebelum kahwin tu memang tak tahu siapa yang buat, iyalah masing-masing mempunyai girlfriend dan boyfriend.

“Tapi selepas berkahwin dan kedua-duanya menjalani rawatan bersama, barulah tahu siapa pelaku.

Selain menzahirkan sebak melihat persahabatan, warganet juga bertanya kisah sebaliknya yang berlaku.

Selain menzahirkan sebak melihat persahabatan, warganet juga bertanya kisah sebaliknya yang berlaku.

“Apa yang mengejutkan adalah individu tersebut merupakan seorang wanita yang meminati rakan suami saya… dia dengki sebab lelaki yang disukai akan berkahwin,” jelasnya.

Tambahnya, meskipun lelaki berusia 26 tahun itu mengetahui dirinya terkena sihir namun dia tidak mengingati keseluruhan kejadian yang berlaku sepanjang tempoh ‘sakit’.

Dalam pada itu, bercerita tentang persahabatan antara suaminya dan rakan terbabit, ujar Rena, kedua-dua mereka saling mengenali sejak dua tahun lalu iaitu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Atas sebab tugasan pada tahun 2020, suami bertemu dengan rakan dia di Pasir Gudang, Johor. Mereka tiba-tiba dipindahkan ke sana.

“Pada masa tu, masing-masing bujang lagi… jadi memang banyak lakukan aktiviti bersama sehinggalah rakannya berhenti kerja secara mengejut,” luahnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*