“Nampak Macam Serius…” Baru Hari Pertama, Mas Idayu Sudah Ded4hkn Per4ngai Sebenar

LINANGAN air mata Mas Idayu sejurus sah bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada pagi Jumaat seolah-olah menceritakan sesuatu sehingga penyanyi itu tidak dapat menahan tanglsannya. Mas atau Mas Idayu Mesnun, 50, berkata, dia mengalirkan air mata kerana tidak menyangka selepas 17 tahun hidup bersendirian dia kini sudah mempunyai teman hidup yang dapat mengisi kekosongan dihatinya selama ini.

“Alhamdulillah, 17 tahun saya hidup bersendirian, sekarang saya sudah mempunyai teman hidup. “Itu membuatkan saya rasa sebak dan mengalirkan air mata,” katanya. Terdahulu, Mas yang popular menerusi lagu Cintaku 100% bergelar isteri kepada Sufian dengan sekali lafaz menerusi majlis yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru iaitu Azizi Abd Hamid yang berwakil walikan bapanya, Mesnun @ Masnum Hassan. Sufian, 51, menyerahkan RM1,001 sebagai mas kahwin kepada Mas berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas lima kepada pengantin lelaki manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Dalam pada itu, Mas memberitahu dia tergerak hati untuk mencari teman hidup sekitar dua tahun lalu apabila timbul rasa sunyi dalam diri selepas sudah terlalu lama hidup bersendirian.

Ketika itu dedah Mas, ada beberapa lelaki yang cuba mendekatinya sehinggakan dia tidak tahu untuk membuat pilihan sehinggalah bertemu dengan Sufian. “Sebelum ini saya memang tidak percaya dengan mana-mana lelaki tetapi dua tahun kebelakangan ini saya mula rasa sunyi dan ingin seorang teman. “Setiap hari saya berdoa agar dan pada ketika itu ada beberapa lelaki mula ‘masuk’ cuma saya tidak tahu untuk memilih mana sesuai.

“Sehinggalah datang orang yang saya suka (Sufian) dan saya rasa Sufian pilihan paling tepat,” katanya. Berkongsi lanjut tentang Sufian, Mas memberitahu suaminya itu seorang yang kelakar dan kualiti itu membuatkan dia tertawan dengannya. “Mula-mula dulu, Sufian nampak seperti orang yang somb0ng dan ketika itu saya tertanya-tanya siapa dia sebenarnya. “Namun selepas mengenalinya, saya suka karakternya yang kelakar dan apa sahaja dia lakukan pasti akan membuatkan saya ketawa,” katanya.

 

Sumber :Mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://www.mediakita.dnq.new

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*