Ryan Bakery Dan Wan Chai Muncul Di Muzikal Lawak Superstar, Penonton Kata Tak Puas!

Nama Ryan Bakery yang merupakan seorang TikTokers popular nampaknya semakin mendapat tempat di hati peminat. Cukup popular dengan video lakonannya yang mengimbau zaman kanak-kanak telah menjadikan namanya semakin dikenali ramai.

Malah bakat lakonannya itu mula mendapat perhatian pelawak-pelawak di Malaysia. Kemunculan Ryan Bakery bersama rakannya, Wan Chai di Sepahtu Reunion yang lalu telah berjaya membuatkan ramai terhibur.

Rancangan yang bukan calang-calang, namun Ryan Bakery dan Wan Chai membuatkan penonton bersorak sakan dengan gelagat mereka. Terbaharu, Ryan Bakery dan Wan Chai muncul di Muzikal Lawak Superstar sebagai pelakon tambahan kumpulan Cili.

Buat yang terlepas, berikut adalah sedutan yang memaparkan persembahan mereka di pentas mega separuh akhir tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)


Untuk info, kumpulan Cili dianggotai oleh Ali Puteh, Shiha Zikir dan Achey. Nampaknya bukan dua bintang TikTok ini sahaja yang muncul, punya ramai dan meriah sungguh pentas Muzikal Lawak Superstar malam tadi!

Bagaimanapun, persembahan peserta berkumpulan ini telah membuatkan warganet kurang terhibur. Apatah lagi bila kedua-dua bintang berbakat ini tidak berdialog langsung. Sudah tentunya peminat mereka berdua kecewa biarpun ada yang teruja dengan kehadiran bintang TikTok tersebut.

Ini semua diluahkan oleh penonton acara tersebut yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian semula oleh seorang pengguna akaun TikTok. Berikut antaranya:

“Baik ah!! Bakery dan Wan Chai sudah mari ahh!!”

Screenshot at Sep 17 20-31-57

“Bawak Wan Chai dan Ryan tapi tak de dialog..alaa rugi”

Screenshot at Sep 17 20-31-27

“Wan Chai ngan Ryan Bakery paling tak sangka”

Ryan Bakery Dan Wan Chai 2

“Tu je ke function Ryan dengan Wan Chai?”

Ryan Bakery Dan Wan Chai 1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*