“11 Tahun Yg Sangat Bermakna..” – Memey Suhaiza Kongsi ‘Moment Terindah’ Bersama Suami, Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke-11

Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Instagram Memeysuhaiza. Beliau yang berkongsi mengenai video di mana dia yang merakamka ‘moment’ terindahnya bersama suami, Norman Hakim sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke- 11 tahun.

Suhaiza binti Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Memey Suhaiza ialah seorang pelakon, model, pengacara dan usahawan wanita Malaysia. Antara drama televisyen yang pernah dilakonkan oleh Memey adalah Rahsia Sebuah Pengorbanan, Kalau Kasih Masih Ada dan banyak lagi.

“Selamat hari ‘kita’ suami”,

“Alhamdulilah untuk segalanya, 11 tahun yang sangat bermakna”,

“Terima kasih jadi suami, papa, imam, kawan dan segalanya untuk diri ini”,

“Semoga Allah sentiasa 1 kan hati kita bersama & terus berkasih sayang selalu”,

“Love u suami, mohon doakan kami juga selalu”, – Tulisnya di video tersebut.

“Alhamdulillah, Syukur byk2, semoga Allah terus satukan hati bersama dgn rasa cinta & kasih

Selamat hari kita suami, Norman Hakim. Terima kasih juga untuk semua yang sentiasa doakan yang baik2 utk kami”, – Tulisnya di ruangan caption video tersebut.

Menurut sumber, dia bersama dengan Norman Hakim telah mendirikan rumah tangga pada 24 September 2011 malah kini telah pun mencecah 11 tahun usia perkahwinan mereka dan dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan bekas peserta Hero Remaja 1993/94 dan terkenal dengan watak sebagai Inspektor Harris dalam Gerak Khas.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis serta pengikutnya turut mengucapkan ucapan tahniah dan mendoakan mereka sekeluarga terus berbahagia sampai bila-bila.

“Happy anniversary. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.. Aamiin3 yra”,

“Happy anniversary utk kalian berdua,semoga kalian berdua sll Allah Rahmati dan Ridhai,selalu bersama sampai ke jannah Nya Allah..Aamiin Allahumma Aamiin Ya Rabb”, – Komen netizen.

Lihat klip video dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)


Pelbagai komen diberikan seperti:

 

 

Sumber: Cepatberita dan Tiktok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://propernewsd.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*