“Tak boyeh..pempuan-pempuan, yaki-yaki” – Ini reaksi Jebat Jayden, anak Noor Nabila apabila bertanya kenapa tidak mahu berkawan dgn perempuan

Jebat Jayden Ahmad atau lebih dikenali sebagai Jebat Jayden merupakan anak kepada Noor Nabila Mohd Noor dan Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad. Nama Jebat Jayden diberi bayangan singkatan Baby J. Rata-rata netizen membuat andaian tepat apabila meneka Jebat iaitu nama watak Sharnaaz menerusi satu drama rantaian Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan daripada perkahwinan tersebut, lahirnya putera sulung mereka. Jebat dilahirkan pada 30 Ogos 2018 iaitu pada hari lahir Sharnaaz yang ke-33. Di Instagram, Jebat Jayden mempunyai pengikut sebanyak 414,000 yang dikawal oleh ibu dan bapanya.

Menerusi satu klip video pendek di akaun Tiktok milik fidermanjj menunjukkan ibunya, Noor Nabila bertanya kepada anak beliau mengenai kenapa Jebat tidak mahu berkawan dengan perempuan.

Jebat Jayden berkata, beliau tidak boleh berkawan dengan perempuan kerana, perempuan mestilah berkawan dengan perempuan manakal lelaki mestilah berkawan dengan lelaki. Rata-rata netizen terhibur dengan respon yang diberi oleh Jebat itu.

Ramai peminatnya yang geram melihat aksi percakapan yang dilontarkan oleh Jebat. Ada juga yang memuji kelakuan sopan Jebat tersebut dan memuji ajaran yang diberikan oleh Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad.

VIDEO;

@fidermanjj grab la mummy☺️#kredit2nabila #kredit2jebatjayden ♬ bunyi asal – fidermanJj


Klip tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 101.0K tontonan, 6540 sukaan dan 71 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

KOMEN NETIZEN;

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Wikipedia, Tiktok / https://www.metro.rimbabara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*