“Ini lagu Tomok kena nyanyi minggu depan kan…” – Ramai terpegun mendengar suara Tomok menyanyikan lagu yang akan dinyanyikan di minggu kedua GV9

Shah Indrawan “Tomok” Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan di negeri Sembilan dan mula bertapak di industri muzik pada tahun 1999 dengan penampilannya sebagai penyanyi kumpulan New Boyz. Menjadi bonus kepada Tomok apabila namanya kembali menjadi sebutan selepas menjuarai One In A Million musim ketiga sekali gus meraih RM 1 juta pada 1 Mei 2009.

Tomok merupakan anak keempat daripada enam orang adik beradik dan salah seorangnya ialah Ismaliza Ismail atau Isma yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam.

Beliau mula menyanyi pada usia 8 tahun. Abang iparnya, Zulkefli Majid atau nama penanya, Aiman merupakan anggota kumpulan 2 By 2 dan merupakan orang yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan New Boyz ketika menjadi A&R di Suria Records.

Menerusi satusatu klip vieo pendek di akaun Tiktok milik lanna7x menunjukkan Tomok menjadi salah seorang dari tetamu jemputan di Sepahtu Reunion. Klip video tersebut menunjukkan Tomok yang sedang menyanyi secara ‘live’ selepas tamat menjadi ‘cameo’ dalam rancangan tersebut.

Tomok yang menyanyikan lagu bertajuk Janji Padamu milik kumpulan Exist. Di samping itu, lagu tersebut juga telah menjadi lagu yang akan dinyanyikannya di pentas minggu kedua, Gegar Vaganza 9 pada ahad ini. Lagu tersebut telah dipilih untuk dinyanyikan oleh Tomok apabila lagu milik Exist ini telah dipaparkan di segmen ‘Ada lagu Ada lagi’ di pentas minggu pertama Gegar Vaganza.

Rata rata penonton di set rakaman Sepahtu Reunion tersebut turut teruja apabila Tomok mula menyanyikan lagu tersebut di sana pada malam tadi.

VIDEO;

@lanna7x Tomok at #sepahtureunion #tomok ♬ original sound – lanna1


Klip tersebut mendapat sambutan hangat pada pagi ini dan mempunyai sebanyak 40.9K tontonan, 1956 sukaan dan 43 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

KOMEN NETIZEN;

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Tiktok, Wikipedia / https://www.metro.rimbabara.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*