Ibu nampak sesuatu dalam CCTV bilik tidur anak, momen pukul 1 pagi bikin seb4k… Si bongsu sampai dem4m rindu nak ‘jumpa’ abah

BUKAN bantal busuk menjadi peneman tidur, sebaliknya bingkai gambar yang disimpan dalam laci meja di tepi katil mampu melenakan anak-anak.

Baik si kecil yang sedang menghisap botol susu, mahupun si abang baring bersebelah, masing-masing bersilih ganti menatap dan memeluk foto arwah bapa mereka.

Momen menyentuh emosi itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di bilik tidur anak-anak, dan dikongsikan oleh seorang ibu tunggal di laman sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Berkongsi cerita kepada mStar, ibu tunggal itu, Edda Norizhan Ahmad tidak menyangka melihat momen itu menerusi CCTV.

Malah, wanita berusia 35 tahun itu mengakui sebak apabila dua anaknya menatap foto wajah arwah suaminya yang meninggal dunia pada 6 Jun 2018.

“Suami saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya empat tahun lalu. Ketika itu anak bongsu saya baru berusia 52 hari.

frame gambar arwah 4

Gambar-gambar pada bingkai yang memaparkan arw4h bersama keluarga.

“Rakaman CCTV tu beberapa hari lalu sekitar pukul 1 pagi. Saya saja nak tengok anak-anak dah tidur ke belum.

“Saya terkejut bercampur sedih melihat anak kedua dan anak bongsu masing-masing berusia sembilan dan empat tahun memeluk frame gambar yang menggabungkan beberapa foto arwah abah mereka, sampai terlena,” katanya kepada mStar.

Edda yang merupakan ibu kepada empat cahaya mata berkata, anak lelaki bongsunya yang mesra dipanggil Baby seakan faham dibesarkan sebagai anak yatim.

“Masa abah mereka pergi, Baby baru 52 hari. Dia hanya mengenal abahnya daripada saya, abang-abang dan kakaknya yang selalu bercerita tentang arw4h.

“Sebelum rakaman CCTV tu, Baby demam dan dia beritahu rindu abah. Dia tanya saya bila nak balik ke rumah neneknya di Jerantut, Pahang sebab arw4h dikebumik4n di sana,” ujarnya yang menetap di Senawang, Negeri Sembilan.

frame gambar arwah 2

Edda (dua kiri) bersama anak-anak, ketika ini anak bongsu berusia dua bulan.

Wanita itu bersyukur meskipun empat tahun berlalu, katanya, anak-anaknya sentiasa mengingati arw4h bapa mereka.

“Apabila selesai solat, anak-anak beritahu kejap nak doa dulu untuk abah. Apabila saya memandu kereta, mereka pesan hati-hati, tak mahu kemalangan macam abah kena langg4r.

“Kadang-kadang ada saja momen anak-anak bersama arwah dingati semula dan berkongsi dengan adik bongsu mereka,” katanya.

Tambah Edda, momen anak-anaknya tidur sambil memeluk bingkai gambar arwah bapa mereka sudah dikesan beberapa kali sebelum ini.

frame gambar arwah 5

Kiri anak bongsu bersama kain pelikat arw4h, kanan anak kedua menatap foto bersama arw4h.

Walaupun masih kecil, Edda memberitahu bahawa anak bongsunya mengenali arw4h sebagai seorang bapa yang penyayang dan sedaya-upaya untuk menggembirakan anak-anak.

“Anak bongsu selalu tanya, ‘Mama, dulu masa kecil abah ada bawa Baby jalan-jalan?‘ Saya cuma kata abah sayang semua, bawa adik-beradik jalan-jalan, dukung Baby masa dia kecil.

Apabila saya memandu kereta, mereka pesan hati-hati, tak mahu kem4langan macam abah kena langg4r.

EDDA

“Baby pernah juga tanya gambar dia bersama abah. Tak sempat sebab masa tu dia kecil lagi. Tapi Baby ni seorang yang ceria seperti abah dia, jadi dia selalu positif,” tambahnya.

Edda yang berniaga baju secara dalam talian turut mengakui sifat penyayang arwah suaminya membuatkan anak-anak sentiasa mengingati arwah bapa mereka.

Sebagai ibu tunggal, Edda membesarkan anak-anaknya.

“Dulu walaupun abah mereka sibuk dan penat, tetapi cari masa bersama anak-anak. Kalau tak ada duit, cuba usahakan untuk gembirakan anak-anak.

“Kami bersyukur dianugerahkan seorang suami dan bapa yang sangat baik,” katanya.

Video rakaman CCTV yang dikongsi Edda di aplikasi TikTok meraih lebih 1.7 juta tontonan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*