“Saya tak cakap pun kahwin tahun depan” -Syafiq Kyle Ded4hkan Hal Sebenar.

 

Khabar angin mengatakan bahawa Syafiq Kyle dan teman wanitanya iaitu Mimi Lana bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan pastinya disambut gembira oleh para peminat kedua-dua pelakon hebat itu. Mereka yang sudah menjalinkan hubungan cinta sejak 5 tahun lalu dilihat sangat serasi walaupun pernah putus cinta sekitar tahun 2020.

Kenyataan disalah anggap. Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian dari Astro Gempak, Syafiq telah menafikan berita tersebut dan memaklumkan tidak pernah meletakkan sebarang tarikh untuk perkahwinannya kelak seperti yang didakwa. “Baru-baru ini saya ada ditemubual menerusi panggilan telefon bagi mempromosikan filem Siku 12. Pada akhir temu bual itu, saya ditanyakan soalan provokasi – bilakah saya akan tamatkan zaman bujang.”

“Secara jujur dan menghormati penulis, saya beritahu mungkin bukan tahun ini dan tiada perancangan dilakukan selain jadual saya yang padat sehingga hujung tahun. “Saya menjawab soalan di atas setelah ditanya ura-ura yang saya telah melakukan persiapan untuk majlis pernikahan pada penghujung tahun. Sepanjang temu bual berlangsung, Saya tidak pernah menyatakan sebarang tarikh atau melakukan sebarang pengumuman,” jelasnya.

Jaga sensitiviti keluarga kedua-dua belah pihak.Tambahnya, jika dia ingin melangsungkan perkahwinan, sudah tentu dia sendiri akan memaklumkan tarikh majlis tersebut berlangsung. “Saya mempunyai keluarga yang perlu saya jaga hati mereka… begitu juga dengan Mimi Lana. Insya-Allah, saya akan beritahu bila semuanya sudah pasti, doakan yang baik baik untuk kami,” tutup Syafiq. Berita tentang perkahwinan pasangan pelakon itu mulai menjadi bualan setelah laporan akhbar mengatakan bahawa mereka bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, pihak mereka turut menulis bahawa Syafiq dan Mimi memilih untuk melangsungkan pernikahan tanpa ada sebarang majlis pertunangan terlebih dahulu. Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak  atau lebih dikenali sebagai Syafiq Kyle merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan naib juara Hero Remaja 2011/12 dan mula dikenali menerusi watak Johan dalam drama bersiri Tanah Kubur yang bersiaran di Astro Oasis. Sumber: Astro Gempak (Izwan Isa), OMM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://g-t1.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*