KEMUNCULAN Tomok di pentas minggu kedua Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) dalam persalinan serba merah berinspirasikan crop blazzer era 80-an dengan seluar carrot cut mencuri tumpuan ramai termasuk salah seorang juri tetap, Hetty Koes Endang.
Hetty ketika mengulas mengenai persembahan Tomok memberitahu pakaian yang digayakan tidak sesuai dengan lagu disampaikan iaitu Janji Padamu nyanyian asal kumpulan Exists.
Tidak berasa sedih dengan komen diberikan penyanyi terkenal Indonesia itu, Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 38, berkata, busana rekaan Hatta Dolmat itu adalah ideanya dan gembira dengan hasil seperti digambarkan.
“Memang look ini yang Tomok minta pada Hatta Dolmat. Saya tak pernah pakai macam ini, jadi saya nak cuba.
Tomok terima segala komen dari juri baik positif mahupun negatif.
“Masing-masing ada pendapat tersendiri, saya terima apa yang Bunda (Hetty) cakap. Mungkin ada betulnya. Perkara positif atau negatif kita terima dan Insya Allah akan diperbaiki lagi,” katanya kepada mStar.
Tomok berkata demikian ketika ditemui selepas pertandingan minggu kedua GV9 selesai yang diadakan di Auditoriam Majlis Bandaranya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.
Dalam pada itu, Tomok yang dilabel sebagai ‘fighter’ memberitahu dia suka berada di atas pentas menghiburkan peminat dan sentiasa cuba memberikan sebaik mungkin ketika persembahan termasuk pemilihan pakaian.
Kata Tomok, gelaran juara tidak bermain di dalam fikirannya tetapi apa lebih penting dia tidak mahu menghampakan peminat yang sentiasa menyokongnya.
Saya suka buat persembahan hiburkan orang.
TOMOK
PENYANYI
“Memang atau kalah, saya akan lawan… Jadi apabila naik ke pentas, saya akan berikan yang terbaik,” ujarnya.
Sementara itu, Tomok mengakui sedikit tertekan apabila berada di kedudukan pertama pada pertandingan minggu kedua ini kerana sedar jangkaan peminat terhadapnya lebih tinggi.
Tomok raih kedudukan pertama dalam minggu kedua GV9.
Bagaimanapun kata bekas anggota kumpulan New Boyz ini, perkara itu turut menjadikannya lebih bersemangat untuk berjuang dalam pertandingan tersebut.
“Mestilah tertekan, saya pun tak sangka dapat nombor satu. Tapi Alhamdulillah ia semangat untuk saya menjadi lebih baik minggu depan,” katanya.
Diberi tugasan lagu Hukum Karma nyanyian asal kumpulan Wings minggu depan, Tomok gementar kerana tidak pernah menyanyikan lagu tersebut sebelum ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber:Mstar
Leave a Reply