Kalau sebut nama Ryan Bakery, mesti ramai yang cukup kenal dengan personaliti media sosial ini. Mula terkenal dengan konten video kenangan 90-an di Tik Tok, pemuda itu juga semakin dikenali ramai selepas muncul di rancangan Sepahtu Reunion Live dan bergandingan bersama pelawak terkenal antaranya Jep Sepahtu.
Dengan populariti yang dimiliki Ryan Bakery sekarang ini, pastinya segala yang berkaitan dengan pemuda itu akan menjadi perhatian ramai. Baru-baru ini pula, seorang wanita menjadi bualan netizen apabila dia mendakwa dirinya merupakan bekas kekasih kepada Ryan.
Menerusi video yang dimuat naik itu, dia menunjukkan sekeping gambar lelaki yang dipercayai merupakan Ryan Bakery pada satu ketika dahulu. Dia turut mengaku bahawa dia merupakan bekas kekasih kepada pemuda itu dan berseloroh bertanyakan sama ada Ryan masih mengingatinya.
VIDEO:
@yayaketuuu terdesak sangat ke sis nak famous? respect la sikit dia tu tunang orang. pelik eh perempuan sekarang #ryanbakery #fyp #fypシ #fypage #fypdongggggggg #fypシ゚viral @ ♬ original sound – – yana
Sebaik sahaja video itu dimuat naik, wanita itu telah menerima kecaman dari netizen yang mendakwa dia seorang yang laparkan perhatian dan sengaja ingin menumpang populariti Ryan Bakery. Difahamkan selepas menerima kecaman dari netizen, wanita itu telah mengunci akaun tersebut dan tidak lagi mended4hkan kepada umum.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut mengecam tindakan wanita itu yang seolah-olah tidak menghormati status Ryan yang kini merupakan tunangan orang. Malah empunya diri, Ryan Bakery sendiri turut meninggalkan komen di video yang dimuat naik semula oleh seorang netizen.
“Tah… tak kenal.”
“Ryan buat pilihan bijak.”
“Dugaan Ryan nak ke jinjang pelamin, semoga kuat untuk Ryan dan pasangannya.”
“Bila dah berjaya baru nak mengaku.”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber :HCL
Leave a Reply