[VIDEO] Jelingan Popular Ryan Bakery Di Pelamin Buat Netizen Gelak Besar

Sebentar tadi peminat personaliti media sosial dikejutkan dengan berita perkahwinan, Ryan Bakery dengan gadis pilihan hatinya, Elyia Ibrahim. Walau bagaimanapun, warganet di media sosial turut tumpang bahagia melihatkan pasangan tersebut akhirnya disatukan.

Selepas sah bergelar suami dan isteri dengan sekali lafaz, Ryan Bakery dan pasangan turut tular di aplikasi TikTok dan ramai mengambil peluang itu untuk mengucapkan tahniah buat mereka.

Ryan
Ryan Bakery dan isteri, Elyia Ibrahim disatukan dengan sekali lafaz hari ini.

Di aplikasi TikTok juga pasangan bahagia ini menjadi perhatian ramai apabila terdapat muat naik pengguna aplikasi tersebut berkongsikan moment Ryan Bakery dan isteri di majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada hari ini.

Manakala satu muat naik ini pula memaparkan Ryan Bakery sempat ‘buat hal’ di atas pelamin apabila dia sempat memberikan jelingan popularnya, mujurlah tidak disapukan bedak seperti wataknya dalam video content yang sering dilakukan lalu membuatkan ramai pula gelak besar dengan telatahnya ini.

VIDEO:

> @yinniyhermione Semoga bahagia dunia akhirat @elyia & @ elya dah kawin jangan garang2 sangat dah #fyp ♬ Susun Silang Kata – Aizat


Muat naik pemilik akaun, yinniyhermione itu juga mendoakan kebahagiaan Ryan Bakery dan pasangan dan dalam pada itu, peminat dan netizen diruangan komen juga merasa terhibur dengan gelagat pasangan berkenaan apabila sempat pula Ryan Bakery ‘buat hal’ atas pelamin di hari bahagianya. Jarang tak kelakar!

“Aaa sukanya tengok diorang…”

Ryan

“Mujur Ryan tak pakai bedak tebal”

IMG_20221001_203257

“Kenapa comel sangat…”

Ryan

“Senyum sorang-sorang…”

IMG_20221001_203322

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*