Buat Kelas Tambahan Tapi Tiada Yang Datang, Netizen Bersimpati Dengan Nasib Cikgu Ini

Bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai cikgu untuk mendidik anak bangsa apatah lagi untuk melayan kerenah anak murid yang semakin mencabar pada masa kini. Oleh itu, rasa hormat pada cikgu perlulah dididik dan diterapkan di dalam jiwa setiap anak murid untuk mengajar mereka menjadi orang yang berjaya.

Baru-baru ini pula, perkongsian seorang cikgu tular dan menerima perhatian ramai di media sosial. Menerusi video yang dimuat naik itu, cikgu wanita tersebut meluahkan rasa kecewa apabila tiada anak muridnya yang hadir ke kelas tambahan yang diadakan di sekolah.

Menurutnya, para murid telah dimaklumkan lebih awal tentang kelas tambahan yang akan diadakan pada petang tersebut. Mengikut perancangan, kelas tambahan Bahasa Inggeris itu akan diadakan di sekolah pada jam 4 petang namun tiada sesiapa yang hadir selepas lama dia menunggu.

@duri_anggrek

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio


Cikgu tersebut memberitahu pada awalnya dia berada di dalam sebuah mesyuarat bersama para cikgu dan meminta untuk keluar lebih awal kerana kelas tambahan tersebut. Namun selepas beberapa lama menunggu, hanya seorang sahaja murid yang tiba di kelasnya.

Menurutnya, pelajar tersebut juga telah di ‘scam’ oleh rakan lain yang memintanya untuk pergi dahulu ke kelas tambahan itu. Tidak lama kemudian, pelajar tersebut meminta diri untuk keluar kelas bagi menghubungi rakan-rakan yang lain namun akhirnya dia melarikan diri dan tidak kembali semula.

@duri_anggrek Replying to @u dk me ♬ original sound – 🥀


Lebih menyedihkan, cikgu tersebut turut memuat naik gambar kelas yang kosong itu di dalam WhatsApp Group kelas namun tidak mendapat sebarang reaksi dari para pelajarnya. Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama bersimpati dengan nasib cikgu terbabit dan menitipkan kata-kata semangat buatnya.

“Biarlah kita tak pandai janji hormat guru.”

cikgu

“Hilang adab terhadap pemberi ilmu…”

murid

“Aku malas juga nak datang kelas tambahan tapi bila aku tengok cikgu tu ada effort aku pun mesti ada effort juga…”

komen

“Tergamaknya students buat macam tu kat teacher.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*