Tak Sangka! Mahu jumpa Pakar Psikologi, Ini Yang Terjadi Kepada Shiha Zikir!

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Shiha Zikir mahu berjumpa pakar psikologi bagi mendapatkan bantuan menangani masalah ‘anxiety’ atau kecelaruan keresahan dialaminya terhadap air dan takut menaiki kapal terbang.

Shiha, 35, berkata, dia mengalami masalah itu sejak berulang-alik ke Indonesia menyertai program Dangdut Academy Asia pada 2015.

Katanya, ketika itu dia sentiasa memaksa diri agar ‘tenang’ ketika menaiki kapal terbang.

“Keadaan saya di dalam kapal terbang ketika itu hanya orang yang mengikut saya saja tahu situasi sebenar. Betapa teruknya ‘anxiety’ saya. Walaupun doktor dah berikan ubat tidur paling kuat, saya tetap tak boleh tidur hinggalah tiba di destinasi.

“Saya pun tak makan dalam kapal terbang dan hanya duduk diam saja, tunggu tak sampai-sampai. Jadi, benda itu sekarang (anxiety) lagi teruk selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dah lama tak naik dan ada pula banyak berita kapal terbang terhempas yang menyebabkan saya lagi fobia,” katanya.

Terdahulu, Shiha ditemui pada majlis sidang media Muzikal Jula Juli Bintang 7 yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini pada 29 dan 30 Oktober ini.

Dalam teater itu, Shiha melakonkan watak utama sebagai Puteri Bongsu.

Kata penyanyi lagu AEWO ini, dia juga sangat takutkan air umpamanya jika kapal terbang terhempas ke dalam air. Itu saja membuatkan dia sudah berasa sangat menggerunkan.

“Saya merancang nak jumpa pakar psikologi untuk dapatkan nasihat bagaimana nak kena menghadap masalah ini supaya karier tidak terganggu.

“Ikutkan undangan diterima, saya sepatutnya ke Korea Selatan dan Indonesia, tapi tak pergi. Termasuk, mendapat tawaran persembahan di Sarawak, Sabah dan Kelantan, semuanya ditolak dengan baik.

“Alhamdulillah, mereka (penganjur) sangat faham keadaan saya yang tak boleh dipaksa bagi orang mengalami masalah ini (anxiety). Ikutkan saya memang nak terima undangan berkenaan.

“Kadang-kadang, bila tengok orang naik kapal terbang, rasa macam sedih saja, seronoknya. Teringin juga nak ke sana. Banyak benda yang saya nak buat di luar itu, tapi kenapalah ada benda ini (anxiety),” katanya.

Bagaimanapun, pemenang anugerah Superstar Paling Gempak Musim Ini di Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS 3) itu berkata, dia juga terbuka menerima pandangan daripada sesiapa saja yang nak membantunya mengatasi masalah itu.

Ditanya juga sama ada pernah berjumpa doktor sebelum ini, Shiha mengakui ada berbuat demikian, namun bukan pakar psikologi, tapi doktor biasa.

Katanya, doktor memaklumkan antara punca dia terdedah mengalami ‘anxiety’ kerana suka berfikir yang bukan-bukan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*