Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

BAGI penggemar drama tempatan era 1990-an, pasti mengenali svsuk tvbuh pelakon popular bernama, Azah Aziz.

Bekas model itu kini berhijrah ke Montreal, Kanada bersama suaminya, Daud Leroy Abdullah dan tiga anak lelaki mereka yang kian meningkat dewasa.

Melihatkan penampilan dirinya, siapa sangka usia beliau kini sudah separuh abad.

Pada Ogos lalu, selebriti itu genap 50 tahun.

Namun, empunya diri dilihat masih ‘bergetah’ dan tetap menawan.

Tidak hairanlah, setiap kali memuat naik gambar bersama anak-anak,  ramai yang memuji.

Bahkan, ada yang mengatakan beliau kelihatan seperti kakak kepada anak-anak terunanya.

“Tiada sebarang pembed4han, pengambilan svntikan b0tox mahupun pil diet. Sebaliknya saya percaya dengan perlindungan pada wajah pada awal usia. Itulah saya amalkan sejak umur 20-an lagi,” ujar pemilik nama sebenar, Norazah Aziz ketika mended4hkan rahsia cantiknya.

Malah, bekas pelakon drama Astana Idaman itu juga tidak segan mengaku dirinya sebagai ratu krim.

“Pelbagai jenis krim saya amalkan setiap hari. Baik pelembab, krim siang, krim malam dan sebagainya  untuk wajah, bawah mata dan sebagainya.

“Setiap kali selepas memakai mekap,  wajib untuk pastikan wajah dicuci bersih. Diikuti dengan pemakaian krim perlindungan,” kongsinya sambil mengakui pemakaian krim tetap diamalkan walaupun hanya duduk di rumah.

Bagi menurunkan berat badan pula, Azah mempraktikan pengambilan makanan sihat.

Beliau juga rajin berkongsi menu sihat harian menerusi laman instagramnya.

Selain itu, untuk kekal fit, wanita itu akan bersenam yang membantunya mendapatkan bentuk badan yang cantik.

“Berat badan saya sebelum ini 63 kilogram (kg). Dek kerana usikan anak- anak yang mengatakan saya nampak chubby, membuatkan saya nekad untuk menurunkan berat badan.

“Dalam tempoh lima bulan, saya hilang 15kg. Alhamdulillah, percaturan saya berjaya.

“Caranya mudah sahaja. Saya berlari, mendaki setiap hari dan berjalan kaki untuk mendapat 10, 000 ribu langkah sehari. Untuk sarapan, saya hanya ambil teh hijau, manakala makan tengah hari pula dalam kuantiti yang sedikit.

“Saya juga lebihkan pengambilan protein dan kurangkan karbohidrat. Nasi tetap saya ambil, tetapi hanya dua sudu. Orang Melayu mana boleh tinggal nasi kan,” seloroh Azah sambil menolak pengambilan pil diet dan makanan tambahan lain.

Bibirnya juga tidak pernah lekang dek senyuman, selain berfikiran positif dan happy go lucky.

Mungkin itu antara penambah rencah untuk nampak cantik dan awet muda.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*