Guru men4ngis rasa bersalah demand hadiah birthday! Nak bagi duit tak mampu, murid ganti dengan getah rambut, kerepek

AIR mata penuh kesyukuran.

Begitulah gambaran kisah seorang guru Bahasa Inggeris, Fifie Faiezah yang menangis terharu menerima hadiah hari lahir daripada beberapa orang pelajarnya.

Video Fifie membuat video ‘unboxing’ di laman TikTok ternyata meruntun emosi sehingga menjadi tular dan meraih perhatian netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Menurut Fifie, dia terharu melihat pemberian oleh muridnya memandangkan mereka bukanlah daripada keluarga yang senang.

“Hari ni saya nak share satu benda yang happy. Semalam dapat hadiah (di sekolah) sebab minggu lepas hari jadi saya.

“Biar saya baca dulu apa yang anak murid saya tulis dan anda tengok sama-sama patut tak dia tulis surat yang macam ni,” ujar guru tersebut.

Dia kemudiannya membaca kad ucapan hari jadi pemberian daripada salah seorang pelajar yang mendoakan kesejahteraan dirinya sambil disertakan bersama beberapa hadiah.

Pelajar berkenaan juga memohon maaf kerana tidak mampu memberikan banyak hadiah kepada gurunya itu.

“Dia bagi tudung, dia kata ‘sikit je’… kemudian dia bagi face mask. Korang kena tahu anak murid saya bukan dari keluarga yang senang, lepas tu dia bagi saya kipas comel.

“Anak murid saya pernah tanya madam suka apa? Saya bergurau dengan beritahu ‘saya suka duit’.

“Kemudian mereka tanya selain duit saya suka makan apa? Saya kata suka coklat,” imbas Fifie yang kemudiannya menunjukkan beberapa jenis coklat yang diterima.

Komen netizen di TikTok.

Menurut Fifie lagi, dia sudah menjangkakan bakal menerima hadiah daripada pelajarnya justeru dia ada berpesan kepada mereka agar tidak memberikan hadiah yang mahal.

Tambahnya, dia hanya meminta sebatang pen marker untuk kegunaan di dalam kelas untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimanapun, dalam rakaman berdurasi 3.04 minit itu Fifie menunjukkan dia menerima tiga pen marker yang berlainan warna dan hadiah lain termasuklah getah rambut berwarna warni.

Madam Fifie sorrylah hadiah ni tak seberapa. Tak seberapa dia cakap. By the way happy birthday madam Fifie.

FIFIE FAIEZAH

Fifie kemudian membacakan sepucuk surat pemberian pelajar tahun lima yang meminta maaf kerana memberikan hadiah ‘tidak seberapa’ berupa kerepek kentang jenama Mister Potato, sekeping pelitup muka, coklat dan pen marker.

Madam Fifie sorrylah hadiah ni tak seberapa. Tak seberapa dia cakap. By the way happy birthday madam Fifie. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sihat selalu.

Terima kasih madam. Sudi jadi guru English saya walaupun saya tak pandai sangat Bahasa English (Inggeris). Tapi madam berusaha juga mengajar kami. Saya sayang madam Fifie,” Fifie membaca ucapan daripada pelajarnya lagi sambil mengalirkan air mata.

Video dikongsikan wanita ini turut memaparkan bagaimana dia berasa bersalah terhadap anak muridnya selain meraih perhatian netizen yang membanjiri ruangan komen.

“Ya Allah aku rasa bersalah sangat dengan anak murid aku, apa aku dah buat dekat diaorang ni? Diaorang bagi aku hadiah macam ni,” katanya, sebak.

Rata-rata netizen percaya bahawa Fifie merupakan seorang pendidik yang penyayang melihat kepada hadiah dan ucapan-ucapan pelajar yang diterima.

Namun, Fifie menyangkal kenyataan itu dengan menjelaskan bahawa dia merupakan seorang guru yang garang untuk tetapi tetap mengharapkan mereka melihat dirinya sebagai ibu di sekolah.

Tangkap layar komen Fifie menjelaskan bahawa dia seorang guru yang garang.

Dalam pada itu, ada juga yang memberikan beberapa cadangan kepada Fifie bagi menunjukkan penghargaannya.

“Nanti celebrate buat makan-makan bersama mereka.

“Dapat rasa keikhlasan apabila budak-budak yang bagi.

“Please belanja anak murid tu kefci (KFC),” antara komen netizen pada video tular.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*