Netizen P3rli Belakang Badan Nampak ‘Jantan’, Sajat Mengaku Dirinya Pond4n

Usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kini menetap di Australia. Walaupun tidak lagi berada di Malaysia, Sajat masih lagi aktif berhubung dengan pengikutnya di media sosial dan sering kali melakukan sesi ‘live’ di akaunnya.

Baru-baru ini, sebuah video semasa sesi ‘live’ yang dilakukan oleh Sajat menjadi tular di media sosial dan menerima perhatian ramai. Semuanya gara-gara pengakuan Sajat yang akhirnya mengaku dia sememangnya adalah transgender dan tidak lagi menyembunyikan identiti sebenarnya itu.

Menerusi video yang dimuat naik ini, netizen telah memberikan sindiran kepada usahawan itu apabila tubuh badannya dilihat seperti seorang lelaki jika dipandang dari bahagian belakang. Mungkin berang dengan sindiran tersebut, Sajat kemudiannya mengaku dia sememangnya seorang lelaki seperti yang dikatakan ramai.

“Memang jantan, memang lahir jantan pun lepas tu tukar jadi pondan. Memang kita pondan pun. Kenapa? S4kit hati?”

@sajatlegacy

memang kita pondan pun

♬ original sound – sajjadzaman


Pengakuan dari Sajat ini kemudiannya menjadi bualan ramai di media sosial di mana rata-ratanya terkejut apabila usahawan itu tidak lagi menyembunyikan jantina sebenarnya. Dalam masa yang sama, ramai yang berpendapat Sajat kini seakan-akan sudah dapat menerima kenyataan selepas berhijrah ke luar negara.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut terhibur melihat pengakuan yang diberikan oleh Sajat ini. Malah video yang dimuat naik ini juga viral dan menerima lebih empat juta tontonan tidak sampai sehari ianya dikongsikan.

“Sumpah aku suka gila dengan sajat sekarang. Dia punya fikiran tu kan positif gila.”

sajat

“Hahaha sajat memang jujur ye sekarang.”

usahawan

“Rasanya aku pun kena pergi hijrah sana sebab sajat nampak lebih baik berada di sana.”

komen

“Dia dah boleh terima diri dia sendiri…”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber:hcl

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*