Pemain JDT, Arif Aiman Beli Mercedes Harga Setengah Juta Pada Usia 20 Tahun

T1ndakan bintang bola $epak negara, Arif Aiman yang dikhabarkan baru membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes CLA45S AMG keluaran 2021 mencur1 tumpuan orang ramai di media s0sial.

Menerusi laman Instagram, penged4r kenderaan Hafis Naserr berkongsi momen ketika pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menerima kenderaan mewah tersebut di depan rumahnya.

Walaupun tiada butiran lanjut dinyatakan, difahamkan kenderaan berwarna silver itu boleh mencecah harga sehingga RM400,000 mengikut pasaran semasa.

Bagaimanapun, tidak hairan pemain berusia 20 tahun itu mampu memilikinya apatah lagi dia pernah membawa gelaran Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021.

Menerusi kapsyen, Hafis mengucapkan tahniah atas pencapaian Arif dan mendoakan bintang muda itu terus dimurahkan rezeki serta berjaya dalam karier bola sepak tanah air.

“Congratulation to adik @ariifaiman42 for your archivement.. berkat usaha keras & tak henti2 cari peluang yang terbaik untuk karier adik, u really do a good job.

“Semoga adik dimurahkan rezeki & sentiasa dalam lindungan Allah SWT, abang doakan adik makin maju dalam karier adik,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HafisNaserr (@hafisnaserr)


Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira atas rezeki diperoleh Arif dan berharap dia dapat mengekalkan momentum dan prestasi di atas padang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Instagram Hafis Naserr

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*