Syafiq Yusof Tak Pasti Mak Ayah Dah Jumpa Ira Kazar Atau Belum

Belum bertemu dengan Ira Kazar, adik kepada Syamsul Yusof iaitu Syafiq, 31, menjelaskan dia juga tidak pasti sama ada ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail sudah bertemu isteri baru abangnya itu.

“Saya tak ada jumpa dia (Ira Kazar) dan saya juga tidak pasti pula dengan ibu dan ayah. Sebenarnya kalau boleh, hal yang melibatkan keluarga ini saya rasa biar kekal sebagai hal peribadi keluarga.

“Tapi, apa pun, sesiapa boleh fikir dan tahu yang tak semua perkara dalam internet itu benar. Ada yang bercampur, dan ada juga kebanyakannya mungkin fitnah,” katanya dipetik dari Gempak.

Tambah pengarah itu, dia tidak mencampuri urusan abangnya apatah lagi mereka berjumpa adalah hari raya tahun lepas dek masing-masing sibuk.

“Tapi, kami banyak bual tentang filem dan projek baharu.

“Bercakap di telefon pula sekitar dua bulan lalu tetapi sama ada berkaitan hal kerja atau peribadi, biarlah tidak saya dedahkan,” katanya

Syamsul pada Jumaat lalu mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira yang diberi jolokan ‘penyondol’ oleh netizen berwalikan Kazar Saisi di Thailand.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: klmenjeritvideo.dnq

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*