Rindu yg tldak terungkap, Wajah mata s4yu anak2 Sarah seakan menceritakn isi hati mereka

Selepas pertanyaan Syaikhul Islam tentang status bapanya iaitu pengarah Syamsul Yusof, kini video terbaharu anak pelakon, Puteri Sarah Liyana ini pula menjadi perhatian netizen.

Difahamkan video yang dikongsi Puteri Sarah merakamkan ragam kedua-dua anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah sedang menjalani sesi fotografi untuk mempromosikan busana raya.

Apa yang menarik perhatian netizan tentang rakaman di sebalik tabir itu adalah wajah Sumayyah dikatakan kelihatan sedih. Kata netizen lagi, mata Sumayyah kelihatan berkaca dan seolah-olah menyimpan seribu satu persoalan yang dipendam oleh kanak-kanak itu.

Lebih menyentuh hati netizen lagi apabila Syaikhul berjalan berpegangan tangan dengan adiknya sebelum memeluk Sumayyah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)


Antara komen yang diberikan:

“Tengok Syaikhul dengan Sumayyah boleh nampak muka dia tertanya mana ayah dorang? Kenapa ambil gambar bertiga je tak ada ayah? Kesian kecil-kecil lagi dah keno rasa benda yang tidak sepatutnya mereka rasa, satu hari banti dorang akan faham apa yang terjadi,”

“Kesian Sumayyah, dari lahir tak rasa belaian seorang ayah. Waktu macam ni lah dorang perlukan perhatian dari mak ayah,”

“Muka Sumayyah nampak sedih… Kesiannya tengok…” “Sedihnya tengok anak-anak ni. Paling sebak tengok muka Sumayyah, entah apa yang difikirkannya,”

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan percerai4n dengan suami pada Isnin lalu dengan tarikh sebutan kes permohonan cer4i bakal berlangsung pada 7 Mac depan di Mahkam4h Syariah Wilayah Persekutuan. Permohonan cer4i tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut nnengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

 

Sumber : gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://r35.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*