Mekapkan Ibu Dan Bawa Jalan2, Ramai Doakan Fikry Ibrahim Masuk Syurga

Pelakon, Fikry Ibrahim hari ini telah berkongsi video bercuti bersama ibu tersayang ke Langkawi dan mendapat pelbagai respon positif daripada warganet.

Sebelum ini, Fikry pernah memaklumkan yang dirinya menjaga ibu tersayang memandangkan warga emas itu sudah tidak berapa berdaya untuk berjalan.

Bawa ibu jalan2

Jadi, dia membawa ibunya, Bibi Zaleha, 74, yang diserang angin ahmar kira-kira dua tahun lalu makan angin ke Langkawi dan dia memuat naik momen tersebut di media sosial.

Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah tindakan Fikry yang tidak kekok menguruskan ibunya serta mendandan wanita itu sebelum keluar bersiar-siar di sekitar pulau berkenaan.

Yang penting mak tetap lawa

Video hero drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu memakaikan lipstick dan bedak ke bibir serta wajah ibunya yang sedang berbaring begitu menyetuh hati ramai.

Dia juga menolak kerusi roda ibunya untuk sama-sama merasai pengalaman menaiki kereta kabel di Langkawi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)


Sejuk perut ibu meng4ndung

Menjengah ke perkongsian yang dibuat pelakon kelahiran Kedah itu, ramai yang memuji tindakannya yang sangat menyantuni ibu tersayang.

Rata-rata mereka berasa tersentuh dan mendoakan agar Fikry mendapat syurga di akhirat kelak kerana berbakti kepada orang tua serta berusaha menggembirakan ibu tersayang.

Semoga terus masuk syurga nanti

Tersentuh tau tengok macam ni

Pandai makeup mak nohh!

Semoga urusan kehidupan dipermudahkan bro!

 

SUMBER:OMM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:http://www.klmenjeritvideo.dnq.news

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*