“Muat Naik Gambar Didukung Bekas Suami..” Hafidz Roshdi Keluar Amaran Pada Shuhada

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri menerima teguran netizen gara-gara sekeping gambarnya bersama pelakon itu yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.

Meskipun perkongsian itu dibuat Nurul Shuhada untuk mempromosikan produk pelangsingan badan, sejumlah besar pengikutnya di platform tersebut menyifatkan tindakannya sebagai tidak wajar kerana dia dan Hafidz bukan lagi pasangan suami isteri.

Selepas bekas isterinya memuat naik foto lama mereka ketika masih bersama, pelakon Hafidz Roshdi memberikan respon menerusi hantaran di Instagram.

Aktor itu menegur dan meminta Shu atau Nurul Shuhada Mat Shukri untuk menukar foto terbabit dengan kadar segera atau padam hantaran itu sebelum dia mengambil tindakan lanjut.

“Hari ini saya dapat tahu ada orang guna gambar saya untuk promote barang dia. Tak tahulah nak promote untuk tujuan apa. Macam dah tak ada originaliti, tak ada gambar lain. Saya rasa boleh padam, tukar dengan gambar lain sebelum saya ambil tindakan sewajarnyalah.”- Ujarnya

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah dipadam daripada akaun Instagram Hafidz, begitu juga Shu yang turut memadam hantaran berkenaan selepas ia tular dan dikritik.

Bekas isteri Hafidz itu menerima kritikan warganet dan dilabel masih tidak ‘move on’ kerana berkongsi gambar didukung aktor terbabit.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://beautifulnara.com/

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*