“Gaji DJ Radio Swasta RM150K Sebulan, RM5K – RM40K Tu Biasa” – Fauziah Nawi

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai DJ Tyzo yang dikhabarkan tidak lagi menyambung kontrak bersama Suria FM.

Kenyataan ini telah mengejutkan ramai pihak kerana Tyzo sebenarnya baru sahaja muncul sebagai pemenang Penyampai Radio Terbaik menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35.

Terkini, pelakon veteran Fauziah Nawi tampil mendedahkan gaji DJ radio swasta mampu mencecah sehingga RM150,000.

Malah, gaji yang dianggarkan dalam RM5,000 sehingga RM40,000 adalah biasa buat mereka yang bergelar DJ radio swasta khususnya radio popular.

Difahamkan, mereka yang bekerja di radio kerajaan pula dikatakan mempunyai gaji yang paling rendah antara DJ radio yang lain.

Tambahan, kenyataan yang dibuat pelakon veteran ini telah menjadi bualan netizen kerana terkejut mengenai gaji besar mereka yang bergelar DJ.

Sementara itu, netizen berpendapat  tidak hairanlah DJ radio swasta mampu hidup mewah dengan memiliki rumah besar dan kereta mewah.

Sebelum ini, ada juga netizen yang menyalahkan DJ Lin yang merupakan pengurus besar stesen radio itu kerana kontrak DJ Tyzo telah ditamatkan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*