Gelagat Che Ta Tak Hafal Lirik Cetus Perhatian Ramai! – “Dia Layan Ja Permintaan Aaisyah Tu”

Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu

Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

“Serba Salah Nak Gelak Tengok Maknya Kunyah Lirik Tu”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 132 ribu, tanda suka sebanyak 3905 dan sebanyak 97 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Aaisyah Dhia Rana dan Che Ta membuat video lipsync lagu arab yang sedang ,enjadi trending di laman media sosial tiktok itu.

“Jenuh laaaa kami dok terkumat kamit bila Aaisyah ajak buat tiktok lagu ni”-kata Che Ta

“Daripada duk hafal lagu-lagu yang tak masuk kepala otak ni, baiklaa mak hang sambung hafal yaasin bagi lancar”-tambah Che Ta

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa telatah Che Ta untuk menyanyi lagu tersebut sangat lucu.

KOMEN NETIZEN:

Apa-apa pun, itu hanyalah hiburan mereka anak beranak. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

Sumber: Tiktok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber :https://murai.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*