“Saya Pernah Borak Dengan Isteri, Boleh Tak Kalau Mati Kita Sama-Sama?”

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam sebak apabila mengenangkan pengorbanan isterinya, Awin Nurin yang banyak berjasa dalam perjalanan kerjaya seninya.

Menerusi podcast bersama Datuk Rosyam Nor, Izzue diilihat tidak dapat menahan air mata tidak dapat membayangkan jika isterinya tiada suatu hari nanti

 

“Kalau tak ada isteri saya, saya bukanlah Izzue Islam yang korang kenal. Saya tak pernah bayang pun hidup saya ini..duduk di atas kerusi dan menghadap Datuk Rosyam depan-depan saya.

“Saya tak boleh bayangkan. Saya pernah berborak dengan dia, ‘boleh tak kalau kita mati sama-sama?” katanya.

Dalam pada itu, Izzue turut berkongsikan dia sentiasa mahu melihat isterinya di depan mata dan tidak mampu untuk bekerja jika isterinya tiada di sisi.

“Saya tak tahu macam mana kalau satu hari dia tak ada. Saya pernah satu hari pergi shooting dia demam dan dia tak ada saya jadi ‘lost’, saya tak tahu kenapa. Padahal saya boleh datang shooting macam biasa tapi saya rasa tak boleh.

“Sebab tu sampai sekarang saya bawa dia, macam mana sekali pun. Saya nak dia ada depan mata saya. Selagi saya boleh hidup dengan dia, saya nak hidup dengan dia betul-betul,” katanya.

Untuk rekod, Izzue Islam berkahwin dengan Awin Nurin di Dewan Shah Alam pada 2 Jun 2013. Pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber/ Kredit : Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*